Monday 24 June 2013

Tender Bersepadu kenderaan lucuthak kastam bil 2/2013

 Salam Semua....Ha....ada yang berminat ke nak membida kenderaan lucuthak kastam ni..gambar kat bawah ni sekadar hiasan je tau...kalau nak tengok..kena pegi sendiri...apapun..korang kena klik link kat bawah tu...









http://www.customs.gov.my/index.php/bm/component/content/article/346-tender-a-sebutharga/1436-tender-bersepadu-kenderaan-lucuthak-kastam-bil-2--2013

Chewable Vita-C Plus 100MG

Chewable Vita-C Plus 100MG

Vitamin C

Vitamin C(
Ascorbic Acid) merupakan sejenis vitamin yang larut dalam air. Vitamin C yang berlebihan akan disingkirkan dari badan kita melalui urin. Ini bermaksud badan kita memerlukan bekalan Vitamin C yang berterusan kerana ia tidak boleh dibina secara semulajadi oleh badan manusia.

4 Fungsi Utama Vitamin C:

  • Antioksidan
  • Sintesis kolagen
  • Sistem kardiovaskular
  • Sistem imun

Antioksidan
Dalam proses 
penghadaman Vitamin C, ia akan menjadi sejenis antioksidan yang larut dalam air. Dengan ciri ini vitamin C secara langsung boleh melawan dan melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke , barah, kanser, promote process penuaan dan sebagainya. 


*Radikal bebas ini terhasil secara semulajadi di dalam tubuh badan disebabkan oleh proses-proses biokimia di dalam badan dan juga faktor luaran seperti pencemaran ( air, udara , makanan) , stress, toxin , pancaran sinar ultra ungu ( UV light ) dari matahari dan sebagainya.

*Tahukan anda sebatang rokok akan menyebabkan badan kita kehilangan 25-30mg Vitamin C?

Sintesis kolagen

Vitamin C diperlukan dalam penghasilan Kolagen semulajadi badan , di mana kolagen ini amat penting sebagai struktur utama komponen dalam kulit, tulang, gigi, saluran darah, tulang rawan, tendon dan ligamen.

Dengan kolagen yang mencukupi, 
kulit akan menjadi lebih licin, tegang , cerah & berseri , membantu menghilangkan kesan-kesan jeragat dan bintik hitam pada kulit disebabkan terdedah pada cahaya matahari.


Sistem kardiovaskular
Apabila arteri badan tersumbat, pengaliran darah akan terjejas dan penyakit seperti sakit jantung atau darah tinggi akan muncul. Vitamin C dapat menjaga keutuhan system saluran darah dan mencegah pegerasan saluran darah oleh itu membantu mencegah penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung koronari ,stroke, kerosakan buah pinggang dan sebagainya.

Sistem imun
Sistem imun adalah sangat penting untuk melindungi badan kita daripada bahan-bahan toksin atau kuman-kuman. Ini adalah kerana Vitamin C dapat meningkatkan fungsi sel T dan sel-sel darah putih supaya dapat melawan bakteria dengan cepat dan berkesan.
Fungsi-fungsi Vitamin C secara ringkas : 

  1. Sebagai Anti Oksidan yang penting
  2. Membantu memelihara kulit yang sihat dan cerah
  3. Pemulihan luka dan parut
  4. Pembinaan colagen dalam badan.
  5. Membantu tumbesaran tissu tubuh manusia.
  6. Meningkatkan sistem immuniti tubuh
  7. Membantu dalam pencegahan kanser, strok, sakit jantung koronari, jangkitan kuman yang teruk
  8. Membantu mengurangkan kolesterol darah LDL dan menambah kolesterol HDL (baik)
  9. Membantu mengawal tekanan darah tinggi
  10. Membantu mengawal dan mengurangkan selsema
  11. Melambatkan proses penuaan
Sumber Vitamin C
Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C , ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan.



Source: USDA/HHS Dietary Guidelines for Americans, 2005

__________________________________________________


Vitamin C Dari SHAKLEE


Sebiji Shaklee Chewable Vit-C PLUS membekalkan

  • 100mg High Quality Vitamin C
  • 40mg Rose Hips
  • 24mg Citrus Bioflavonoids
Dengan tambahan Rose Hips dan Citrus Bioflavonoids dapat meningkatkan fungsi Vitamin C dan mencegah pengoksidaan Vitamin C di dalam tubuh badan. 

Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren dan sesuai diambil oleh:
  • Kanak-kanak yang berumur 1 tahun keatas
  • Dewasa atau orang tua yang sukar untuk menelan pil
  • Ibu yang mengandung
Cara Pengambilan:
Budak - 1 biji sehari
Dewasa - 3-5 biji sehari





KUNYAH, SEDAP, BERKESAN


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ramadhan Dengan Shaklee





RAMADHAN muncul lagi. Bagi umat Islam, Ramadhan merupakan bulan yang dinanti kerana selain berpuasa membersihkan dosa menyucikan jiwa, ia juga dilihat sebagai bulan menyah-toksin tubuh. Sebab itu bukan hanya umat Islam berpuasa di Malaysia malah kaum lain seperti Cina dan India turut ada yang berpuasa.
Orang kata 'perut sarang penyakit'. Berpuasa sangat baik dalam membantu tubuh menyingkirkan pelbagai 'racun' yang bersarang di perut. Berpuasa sebenarnya memberi ruang masa yang cukup kepada organ pencernaan seperti perut, usus, pankreas dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping memperbaiki mana-mana bahagian yang rosak dek pertambahan beban makanan harian yang kita makan.
Dengan berpuasa juga, toksin daripada kolon, buah pinggang, pundi kencing dan paru-paru serta kulit boleh dikeluarkan dari tubuh secara menyeluruh. Hasilnya, ia mampu melapangkan kesan sumbatan pada dinding saluran penafasan dan pemakanan. Bekalan oksigen yang lebih banyak menjadikan sel-sel lebih bertenaga. Kitaran pembersihan ini penting bagi sistem penghadaman sihat dan pencegahan barah usus.
Selain itu, tabiat pemakanan seseorang juga dilihat turut menyumbang kepada faktor kesihatan. Deretan bazar Ramadhan yang menawarkan pelbagai juadah enak yang jarang dijumpai di bulan lain sebelumnya tanpa kita sedari menyumbang kepada masalah peningkatan berat badan dan membuatkan kita rentan serangan penyakit dek peningkatan cita rasa. Justeru, pemilihan makanan seimbang ditambah suplemen berkualiti perlu untuk menghindar sebarang penyakit.
Saranan pengambilan produk Shaklee di bulan Puasa!
Waktu Berbuka Puasa ~ Berbuka dimulai dengan kurma lebih afdal berbanding kuih muih manis serta kurang serat yang dibeli di bazar Ramadhan. Selain juadah utama, anda boleh tambahkan gabungan terbaik minuman Performance Orange dan ESP Soy Protein Isolate Powder (ESP) untuk tenaga tambahan bagi menunaikan solat terawih di samping mengambil Alfalfa untuk Proses detoksifikasi tubuh.
Sebelum Tidur ~ Amalkan segelas ESP berserta vitamin lain seperti Vita-Lea, B-Complex, Chewable Vita C untuk meningkatkan sistem imun anda bagi mengelak penyakit biasa seperti batuk, demam dan selesema memandangkan cuaca yang lebih panas di bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain. Banyakkan meminum air.
Waktu Bersahur ~ Anda boleh mengambil nasi atau apa jua juadah sahur. Namun, memandangkan waktu yang singkat ditambah kesukaran mengejutkan anak bersahur; gabungan minuman Performance Orange dan ESP dapat memudahkan para ibu untuk memberikan yang terbaik buat keluarga agar kekal bertenaga pada siang hari. Juga jangan lupakan Alfalfa untuk program detoksifikasi anda!
SELAMAT BERPUASA dan kekal sihat bertenaga daripada Shaklee untuk semua sahabat Muslim di luar sana. Moga lebih jelita dan langsing di Hari Raya. __________________________________________________
Esp

  • Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi
  • Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur
  • Paras glisemik indeks yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

Performance

  • OptiCarb pilihan eksklusif untuk tanaga yang berpanjangan
  • Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar

Vita-Lea

  • Meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan kesihatan mata
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  • Memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas

B-Complex

  • Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh
  • Membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain

Alfalfa Complex

  • Sumber klorofil pigmen tumbuhan semulajadi, vitamin, dan mineral surih
  • Setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu

Chewable Vita-C

  • Rasa Sitrus yang hebat
  • Menguatkan Fungsi Imunisasi
  • Sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami kesukaran menelan tablet
 berminat...boleh pm saya kat 0168299592 (sms, whatsapp,viber)
atau kunjungi ikamika shaklee :-)

Monday 17 June 2013

Tips Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan

Tips Buat Ibu menyusu di bulan ramadhan
====================

1. Penting mengambil makanan yg cukup & seimbang samada pada waktu sahur @ berbuka.
2. Banyakkan minum soya & susu

3. Bersahur pada lewat waktu
4. Lebih kerap mengepam & menyusui bayi
5. Sediakan stock lebih awal sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum puasa
6. Banyakkan minum air, sekurang-kurangkan 3 liter ketika berbuka & bersahur


7. Banyakkan pengambilan protein (boleh menambahkan susu badan)
8. Pengambilan susu, kurma dan jus kurma mampu memberikan tenaga ketika berpuasa.
9. Makanan popular untuk tambah susu ialah soya, longan kering, barli, kucai, pegaga, pucuk betik, jantung pisang & halba


10. Sepanjang malam ketika boleh makan - susukan bayi sebanyak mungkin kerana ia mampu untuk mengurangkan permintaannya terhadap susu ibu di siang hari
11. Jika perlu ambillah vitamin & makanan tambahan untuk mendapatkan tenaga sepanjang berpuasa

12. Elakkan minum ais kerana ia boleh mengurangkan lagi produksi susu anda
13. Setiap kali sahur, makan 7 biji kurma. Untuk setiap biji yang dimakan, jangan lupa selawat ke atas Nabi saw & niat dlm hati untuk kekalkan penghasilan susu
14. Makan makanan yang lambat hadam ketika bersahur dapat mengelakkan cepat lapar (nasi & oat)
15. Jangan terlalu penat atau beremosi sehingga menganggu penghasilan susu badan anda
16. Banyakkan berdoa dipermudahkan urusan
17. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah taala
18. Apabila telah hampir waktu imsak, bacalah ayat Al-Khauthar dan minumlah seteguk air kosong sambil berdoa agar dikurangkan dahaga sepanjang waktu berpuasa

Sunday 16 June 2013

Tips Berpuasa untuk Yang Menyusukan Si Manja

Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”






Puasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan. Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.


Antara petua dan tips bagi membantu ibu menyusu di bulan puasa ialah :

1. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”

2. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”

3. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. YAKIN Allah yang beri susu.

4. Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat, dan sebagainya

5. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas



6. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak

7. Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan)

8. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan. Ambil milk booster jika perlu

9. Elakkan terlalu penat. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria.

10. Ingatlah anda seorang ibu yang bertuah dapat peluang menyusukan anak di bulan yang mulia ini.

Walau bagaimanapun, lakukan semuanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata, bukan untuk nampak mulia di mata manusia.

Selamat berpuasa dan berbahagia bersama anak tercinta!






Super GT 2013 Di Sepang Circuit Day 2

Hari Kedua ni..aku dah lengkapkan persiapan...Penutup Telinga.. Tapi yang kecik aku tinggal kat rumah bagi aunty dia jaga.Abg Dannial Ja yang Ikut sbb dia kata nak p tengok racing car lagi....Aku ajak kawan2 aku plak... kalini kami bawak Stroller sebagai langkah berjaga-jaga..hahaha..yela..Kalau Abg ni ngantuk boleh tido dlm stroller.Tapi yang x bestnya..Parking semalam yang RM 10 dah naik ke RM20..Perghhhh.... Tapi sanggup gak Bayar sbb x sanggup nak berjalan Jauh..huhuhu..Hari Kedua adalah yang sangat sesak..memang berpusu2 org pada final day tu. So....Jom tgk gambar2 ni...X pakai Camera Mahal... Camera hp je...sbb tu kualiti kurang...aku harap korang suka...:-) selamat.......Hihihihi.....


















Keta Idaman Encik Asben.....InsyaAllah...:-)





Add caption

Tu dia Dengan Penutup Telinganya....:-)
























Ni Plak Kereta Idamanku... InsyaAllah...:-)



Cian Kat Member Aku Ni.....







Ok semua.....Harap korang enjoy menalaah gambar2 ni semua ya....