Monday 27 May 2013

Jadi Ikon Suplemen, Ashanty Akan Dibawa ke AS

petikan dari JAKARTA, KOMPAS.com ---

Setelah salah seorang artis popular dari Indonesia Iaitu Ashanty sembuh dari penyakit radang selaput otak yang dideritanya, beliau dipelawa menjadi ikon Shaklee Suplemen Nutrisi Herbal dari AS yang diamalkan beliau selama menjalani perawatan.

"Salah satu faktornya, aku minum Shaklee Suplemen. Ternyata, setelah sembuh, aku jadi ikonnya," ujar Ashanty dalam wawancara di Studio RCTI, Kebon Jeruk, Jakarta Barat, Minggu (10/3/2013).

Ashanty bahkan langsung sibuk mempromosikan Shaklee Suplemen itu. "Aku rekomendasikan ke orang bahwa, setelah aku minum Produk Shaklee, penyembuhanya lebih cepat," ujarnya lagi.

Direncanakan, pada 26 Mac 2013, Ashanty akan melawat ke AS untuk mengunjungi Shaklee produk kesihatan tersebut. Isteri vokalis, pencipta lagu, dan produser muzik Anang Hermansyah ini juga akan menjalani shooting klip video lagunya yang berjudul "Mengapa Oh Mengapa".

"Jadi, aku ikon Shaklee dan aku ke AS untuk lihat pabrik Shaklee sekalian shooting iklan di San Francicso, terus ke Los Angeles buat press con (press conference) di hadapan lima ribu orang. Karena waktunya 21 hari, jadi mikir apa mending sekalian bikin video clip," ujarnya.

SHAKLEE PRODUCTS ARE GOOD FOR ; WEALTH, HEALTH, WELLNESS & FITNESS

Jika anda orang yang sangat ambil berat tentang kesihatan, dan ingin mengamalkan nutrisi kesihatan yang sangat berkualiti, The Best Quality, yang telah terbukti khasiatnya.

Produk Shaklee Supplemen Nutrisi Herbal adalah pilihan yang tepat. Dr. Shaklee menciptakan nutrisi kesihatan alami nombor 1 di USA, telah dipercayai sejak 1956 yang dapat mempercepatkan penyembuhan penyakit Baru atau Penyakit Lama dan boleh diamalkan dari umur 15 thn sampai dengan Umur Tua.

Salah satu Produk Shaklee : VIVIX dapat membebaskan anda dari penyakit : Jantung, Merontokan Trigeliserit/ Kolestrol jahat yg melekat pada pembuluh darah, Diabetes, Cancer, Stroke, Meneutralkan Tekanan Darah, Penyakit Tulang, Kesihatan, Kesegaran, Kecantikan, Memperlambat Penuaan, Meningkatkan Daya Tahan Tubuh, Memperbaiki Sel-sel DNA, membantu menyembuhkan Gangguan Metabolisme dan Menurunkan Berat Badan (Obesiti).













sumber

hubungi Ika-0168299592 untuk pertanyaan lanjut:-)

SHAKLEE DI SEPANG, NILAI DAN SALAK



Salam semua..... adakah korang mencari - cari Pengedar Shaklee yang sah berdekatan korang? kalau korang berminat boleh hubungi kami ni ye..jangan malu dan segan,...:-)

Ikasukmayati Abdullah - 0168299592



Sekolah Kebangsaan KLIA

Enstek, Nilai

Sepang Circuit

KLIA










Thursday 16 May 2013

kasut tumit tinggi punca payudara kendur





 Dari kajian yang dilakukan di New York, Saintis menemui akibat kerap memakai kasut tinggi mampu membuatkan payu dara menjadi kendur. Jika benar kajian ini, ianya memang menakutkan kaum wanita!! Untuk memastikan kesihatan yang baik, tak perlulah memakai kasut tinggi yang melampau sangat. Cukuplah yang biasa-biasa sahaja.
Bukan Saja Mengendurkan Tau...

So...Berhati-hatilah dalam memilih kasut ye korang... Boleh La pakai tapi janganlah nak pegi pasar pun kena pakai kasut Tumit tinggi kan...bukan apa..utk kebaikan korang juga di masa hadapan..akupun suka gak pakai kasut tumit tinggi ni..cuma ikut masa dan tempat la. Masa hari perayaan, majlis keraian..waktu lain tu kadang pakai sandal je..hihihi..Oklah..ni je aku nak share..:-)

Ref:-
http://www.prevention.com/fitness/fitness-tips/why-high-heels-make-your-breasts-sag
http://www.breastnexus.com/archive/index.php/thread-5606.html

Apa Itu Fibroid?



Apakah Ketumbuhan Fibroid?

Fibroids adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang paling sering melanda wanita dan ia bukan kanser. Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan apa2 simptom atau gejala. Bila meningkat umor empat puluhan , 30% wanita ada tumbuhan fibroids.

Ada yang tumbuh satu sahaja dan besar, ada yang banyak ketul, pernah say buang 33 biji fibroid dari seorang wanita.

Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.


        Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.
Mengapa Tumbuh Fibroid?

        Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.
        Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.
        Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.
Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon

 Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.

        Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.
        Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.
Sumber Dari Dr. Hamid Arshat

Wednesday 15 May 2013

Sebab Perlu Minum Air Kosong Yang Mencukupi

SEBAB PERLU MINUM AIR MASAK



         Air tidak dinafikan merupakan sebatian kimia yang paling penting di atas muka bumi. Ia merupakan tunjang kepada kehidupan dan tidak keterlaluan jika kita menyebut, “jika tiada air, maka tiadalah kehidupan”. Ia juga merupakan faktor utama mengapa bumi terpilih di antara planet-planet yang lain sebagai kediaman mutlak untuk semua jenis hidupan, memandangkan bumi adalah antara planet yang terlembab dan kaya dengan air. 70.9% permukaan bumi adalah air.

    Sejarah juga telah menunjukkan, terbentuknya tamadun-tamadun besar adalah disebabkan oleh air. Wujudnya tamadun Mesapotamia adalah disebabkan wujudnya Sungai Tigris, manakala hidupnya tamadun Mesir kuno adalah disebabkan hidupnya Sungai Nil yang sentiasa mengalir sepanjang tahun tanpa henti. Ia merupakan asas keperluan nombor satu manusia! Kita mungkin boleh hidup selama sebulan tanpa makanan, tetapi tanpa air, kita mungkin akan mati tak sampai seminggu!

      Pemilihan air juga adalah penting untuk memastikan kita mendapat 100% manfaat daripadanya. Menyuruh seseorang itu untuk minum air bukan bererti seseorang itu perlu minum teh tarik, kopi tarik, atau segala jenis minuman yang manis-manis. Tetapi seeloknya, dapatkan air yang nampak lebih asli seperti air, nampak rupa fizikalnya seperti air, dan rasanya juga seperti air. Air apakah itu? Tentulah ianya “Air Masak” atau sesetengah memanggilnya “Air Kosong”.

Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus minum air kosong dengan secukupnya.

1. 60% badan manusia adalah air
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing).
2. Sifar Kalori
Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.
3. Sumber Alkaline termurah
Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkaline semestinya akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.
4. Memantapkan metabolisma
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.
5. Pelarut nutrien
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.
6. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.
7. Mengurangkan risiko kanser
Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.
8. Melembutkan kulit secara semulajadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.
9. Menyeimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.
10. Mencegah keletihan dan pening kepala
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan. Sekiranya anda pening kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa kali?”

Nak Tahu apa lagi kebaikan Minum Air Kosong Ni...Jom Klik Ini Ye...:-)

Kebaikan Minum Air Kosong

KEBAIKAN MINUM AIR PUTIH -MINERAL-


Berikut 8 sebab yang ingin saya kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan minum air putih.
1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. 
2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.


AIR kosong PENAWAR pelbagai jenis PENYAKIT

Kajian para sainstis mendapati  amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun, amalan minum air  kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu menigkatkan beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
1.   Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi. 2.   Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit. 3.   Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa. 4.   Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam. 5.   Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari. 6.   Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
•   Tekanan darah tinggi 30 hari.
•   Gastrik 10 hari
•   Diabetis 30 hari
•   Sembelit 10 hari
•   Kanser 18 hari
•   Tibi 90 hari
7.   Pesakit arthritis hanya perlu mengikut rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan
Ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.
•   Demikian, berusahalah tidur lena. Jangan tidur pada lewat malam.



  • Kandungan air dalam tubuh yang mencapai 90% berfungsi dalam proses pencernaan, penyerapan, makanan, kitaran, menghasilkan air liur, pemicu nutrisi tubuh, serta menjaga suhu badan.
  • Apabila otot berasa sakit dan penat, ia menandakan cecair dalam tubuh kita tidak seimbang. Oleh sebab itu, disarankan untuk minum lebih banyak air sebelum dan ketika bersukan bagi menggantikan cecair yang hilang melalui perpeluhan.
  • Air juga berfungsi dan mampu mengawal kalori, ia dapat mengurangkan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan. Sayur-sayuran, sup, gandum dan kekacang antara makanan yang mengandungi banyak air serta mengalami penyerapan yang perlahan. Ini menyebabkan kita mudah berasa kenyang dan ia mengurangkan pertambahan kalori.
  • “Sampah” utama dalam tubuh adalah ‘nitrogen urea’ yang larut dalam air, kemudian disaring oleh ginjal dan dibuang melalui air kencing. Ginjal akan bekerja dengan air sekiranya air dalam tubuh seimbang. Tubuh yang cukup air menghasilkan air kencing yang berwarna terang, tidak berbau dan mengalir lancar.
  • Air juga berfungsi menjaga proses pencernaan. Sekiranya air di dalam tubuh kurang, usus besar akan menyerap kembali cecair dari kotoran. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya sembelit atau sukar buang air besar kerana terlalu kering.
Itulah khasiat dan kebaikan air putih ini atau lebih di kenali air masak atau air kosong. Tapi jangan lupa pula, jika minum air terlalu banyak juga bileh menyebabkan keracunan air dengan cepat. Keracunan air terjadi apabila air mengurangkan tahap ‘sodium’ di dalam saluran darah dan menyebabkan ketidakseimbangan air dalam otak.




Bestnya ESP Shaklee








ESP Shaklee ada dalam kebanyakan set, set pantang, set hamil, set subur, set cantik, set slim..
Agak2nya kenapa ye???boleh jawab tak?hihihi


Ini kerana PROTEIN adalah ASAS dan MAKANAN kepada sel.. Protein penting untuk PEMBENTUKAN dan PEMBAHARUAN SEL.. jadi bila sel SIHAT dan cukup ENERGY, PENYERAPAN nutrien adalah lebih OPTIMUM..

nak KURUS- ESP mengawal selera makan..

nak PUASA- ESP memberi rasa kenyang lebih lama..membekalkan tenaga sepanjang hari

nak TAMBAH SUSU IBU-ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu

nak CANTIK- ESP menggebu, melicin dan menganjalkan kulit

nak SIHAT- ESP menyihatkan tubuh keseluruhannya..

kalau PREGNANT- ESP menguatkan rahim, untuk pembentukan otot baby

NAK PREGNANT- ESP memelihara dan memulihara rahim.. membekalkan tenaga


so...apa lagi... semua nak cantik dan sihat kan...bukan cantik yang menyakitkan... bila sihat dapatlah kita semua menunaikan tugas/kerja seharian selain dapat melakukan ibadah dengan kesihatan yang baik..kerja itu pun kan 1 ibadah... 

Tak mahal pun..Rm150.00 je.. bukan utk seminggu dua tau..tapi boleh tahan sehingga sebulan kalau seorg mkn...:-) pilihan di tangan anda... maklumat lanjut tentang esp boleh klik di sini ye...:-)

Monday 13 May 2013

Fungsi Utama Ramuan Shaklee Collagen Powder


Kolagen dari Sisik Ikan Merah
 Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan lain.


 Ekstrak biji Camellia japonica
Biji Camellia Japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.


Ekstrak Pfaffia
Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak Biji Camellia Japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak. Asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

Elastin dari Kolagen Ikan
Elastin memlihara kulit menjadi flexible tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

Vitamin C dan Vitamin B
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
Vitamin B turut serta dalam metabolima karbohidrat, lemak dan protien untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

Ekstrak Kekerang
Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting didalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.
 
 Lactobacillus acidophilus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usu yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Manfaat Utama Shaklee Collagen Powder


Salam semua... entry ni saya nak kongsi tentang perbezaan  Collagen Powder Shaklee dengan Collagen produk  yang lain yang ada di luar sana. 

Shaklee Collagen Powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik Ikan merah. 

Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


Manfaat Utama

Semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin
        kendur. Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di 
        dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran 
        seperti matahari, radikal bebas diudara, air dan nutrisi, merokok dll. Justeru itu 
        Shaklee Collagen Powder mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti 
        semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut - kedut.


Tampak lebih muda. 
  •  Kolagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
  • Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
  • Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
  • Membantu menghilangkan tanda penuaan.

 Rasa lebih muda
  •  Kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium. kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
  • Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran disendi-sendi.
  • Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ia membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
  • Memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen. Adalah penting untung menentukan agar otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda anda tetap berkeadaan baik walaupun umur anda semakin menua.
  Tujuh ramuan utama termasuk Kolagen dari sisik Ikan Merah,ekstrak biji Camelia japonica, Elastin dari kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus,Ekstrak Pfaffia Vitamin C & Vitamin B. Jom Baca fungsi ramuan Utama yang ada dalam 7 ramuan ni yang membolehkan Shaklee Collagen Powder begitu best sekali..Klik seterusnya ya...:-)

Sunday 12 May 2013

LEFT OVER ONIONS ARE POISONOUS???




Salam All.... For this entry, i want to share something about onion. I have used an onion which has been left in the fridge, and sometimes I don't use a whole one at one time, so save the other half for later.Sometimes, if i want to save time, i'll cut the onion at the night and use it for my breakfast, for ex. fried rice.
Now with this info, I have changed my mind.... will buy smaller onions in the future. 

 Story: 
Please remember it is dangerous to cut onions and try to use it to cook the next day. It becomes highly poisonous for even a single night and creates toxic bacteria which may cause adverse stomach infections because of excess bile secretions and even food poisoning.

Other Version:
Onions! I had never heard this!!!
In 1919 when the flu killed 40 million people there was this Doctor that visited the many farmers to see if he could help them combat the flu...Many of the farmers and their families had contracted it and many died.
The doctor came upon this one farmer and to his surprise, everyone was very healthy. When the doctor asked what the farmer was doing that was different the wife replied that she had placed an unpeeled onion in a dish in the rooms of the home. It obviously absorbed the bacteria, therefore, keeping the family healthy.


LEFT OVER ONIONS ARE POISONOUS
Sometimes when we have stomach problems we don't know what to blame. Maybe it's the onions that are to blame. Onions absorb bacteria is the reason they are so good at preventing us from getting colds and flu and is the very reason we shouldn't eat an onion that has been sitting for a time after it has been cut open.
Onions are a huge magnet for bacteria, especially uncooked onions. You should never plan to keep a portion of a sliced onion.. He says it's not even safe if you put it in a zip-lock bag and put it in your refrigerator.It is dangerous to cut an onion and try to use it to cook the next day, it becomes highly poisonous.

However, Is this claim accurate, should we not use onions long after they have been cut?


Analysis:
The message claims that left over, cut onions should not be used the next day, because they become highly poisonous because of bacteria growth, turn toxic and lead to adverse stomach infections. The message is not a fact, there is no scientific evidence to prove this claim.
Onions as such do not have any special property to magically attract bacteria from its surroundings. In fact, when onions are cut, they emits sulfenic acids which inhibit the growth of germs and thereby protect them from surrounding bacteria. This is because bacteria generally like moist and neutral environments, and they cannot stand acidic environments - that's why vinegar is used for preserving. Left over, cut onions are not poisonous, they are fine to use and can be stored in a refrigerator, in a sealed container at the proper temperature of 40°F or below for up to 4 days. You can also store them safely in zippered bags and use them within a day or two. But onions can lose their nutrient value when stored over a period of time.
However, it is also important to note that onions have to be handled in hygienic manner while cutting and re-using them, because they can be contaminated with certain bacteria when they come in contact with dirty hands or unhygienic cutting board, and consumption of such onions can indeed make a person sick. But again, this is possible with any other food item, not onions in particular.
Therefore, the message saying cut onions become toxic is a hoax, left over, cut onions are not poisonous, they are safe to use when stored in hygienic conditions. There have been many other versions of this story, claiming that leaving onions around a room will absorb the flu virus along with bacteria causing other illnesses and will prevent people from becoming sick. It is a fact that onions were used in folk medicine long before 1919, but it is just a false belief, there is no scientific evidence to prove it. Onions are not bacteria magnets, they are good to use, especially because they are high in vitamin C and are a good source of fiber and other important nutrients.

 either this is true or not.... that make me think twice before i want to left over my onion anymore... hihihi

Please pass this on to all you love and care about.  


references:
http://www.snopes.com/food/tainted/cutonions.asp
 http://chemistkitchen.blogspot.com/2009/04/onions-as-bacteria-magnets.html
http://www.hoaxorfact.com/Health/left-over-cut-onions-toxic-facts.html 
http://fanaticcook.blogspot.com/2012/04/leftover-onions-are-poisonous.html 

Anak Sembelit...Risaunya.....




Salam Semua...Entry kali ni nak kongsi sedikit ilmu tentang menangani masalah anak sembelit...mesti korang pernah mengalami masalah ni kan... aku tau perasaan korang cemana..akupun pernah gak... x sanggup tengok dia menangis kesakitan.aku minta husband yang settlekan...kalau aku..rasanya dengan aku sekali menangis..hohoho.... ilmu ni pun aku dapat dari blog..ala...lupa lak nak save blog mana..huhuhu.. takpela..korang baca je la tips2 ni ye...harap dapat membantu...:-)



  • ubat titis. Masuk kat susu dia. Masukkan beberapa titis. Nama ubat tu SKILAX. Pastu, cairkan sikit susu.



  • Paling penting galakkan anak minum air Kosong banyak2..[yg ni kat umah aku cuba bagi sebanyak mungkin] Nasib baiklah anak-anak aku takde masalah kalau bagi minum air kosong...cuma kadang terlupa nak berikan..tu yang naik masalah sembelit..salah aku jugak..huhuhu...



  • Bancuh satu sudu TEPUNG SAGU atau TEPUNG KANJI dalam susu anak.  Maknanya kena kurang satu sudu susu dan tambah 1 sudu tepung sagu atau kanji.  kalau anak sembelit teruk, berikan 4 kali sehari.  Tapi kalau biasa jer 1 kali sehari dah cukup sebab nanti kalau terlebih takut anak akan cirit birit plak.  Tepung tu membuatkan najis berlendir dan memudahkan pembuangan najis InsyaAllah, masalah sembelit akan selesai. Yang ini mmg dapat feedback yg sgt +ve dr ibu2.. sebab bebas dari kimia berbanding ubat2 lain. Hmmm...Boleh la try kat my Little Junior..tapi harap2 x terjadilah kat dia..kesian sangat kot tgk dia...



  • Lagi satu, disyorkan oleh seorang doktor pakar kanak-kanak di New York iaitu Marla Stern. Cara2nya: Tambahkan 1 sudu teh GULA PERANG (brown sugar) dengan 2 aun susu atau air masak. Larutan ini tidak memberikan  apa2 kesan negatif kepada anak kita dan efektif untuk melembutkan najis anak. Nanti boleh cuba yang ini gak. simple je kan.



  • Last,dinasihatkan ibu-ibu supaya elakkan memberi anak kita PISANG kerana pisang sebenarnya mengeraskan lagi najis anak (bagi sesetengah anak) dan lebih memburukkan sembelit anak.  Elok diberi BETIK dan TEMBIKAI kepada anak-anak kita :) yang ni aku mmg tak tau...ingatkan pisang leh lawaskan buang air... sebab tu la kita digalakkan banyak membaca kan..jangan memandai..hihihi....
Oklah..tu je tips yang saya dapat kongsikan...harap berguna kepada korang ye... semoga anak-anak kita semua takkan mengalami masalah sembelit,semoga mereka sihat sentiasa...Amin....:-)