Friday 19 July 2013

Basic selepas pembedahan Shaklee


APA ITU VITA-LEA?
************************

Vita-lea Shaklee Adalah Multivitamin Terbaik
Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

SUPPLEMENT FACTS VITA-LEA SHAKLEE
- 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah
kerosakan fungsi imun berpunca daripada
radikal bebas
- 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan
tulang
- 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan
rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
- 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk
vitamin A yang lebih biopotent
- 3 kali lebih selenium untuk melindungi
paru-paru, kolon dan prostat
- 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong
proses pembinaan tulang
- 6 kali lebih boron untuk menyokong
kesihatan tulang
- 10 kali lebih Biotin yang menyokong
proses pengeluaran tenaga


Kebaikan Multivitamin Vita-Lea Shaklee
Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.

Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.


Siapa Memerlukan Multivitamin?
************************
-VITA-LEA SHAKLEE- Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
- Individu yang tidak lengkap diet hariannya
- Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
- Remaja yang sedang membesar
- Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
- Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
- Individu yang menopous
- Wanita yang baru bersalin


APA itu ZINC
*********


Zink adalah nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat. Zink didapati dalam sel-sel di seluruh badan. Ia membantu sistem imun melawan menyerang bakteria dan virus . Badan juga memerlukan zink untuk membuat protein dan DNA , bahan genetik dalam semua sel-sel. Semasa mengandung, bayi, kanak-kanak dan, badan memerlukan zink untuk membesar dan berkembang dengan betul. Zink juga membantu luka sembuh dan adalah penting untuk deria rasa dan bau.

Ramai yang tak perasan kepentingan zink untuk kesihatan sperma dan kesuburan. Sapa tak tau angkat tangan??? Jadi camne nak dapatkan zink ni? Badan kita tidak menghasilkan zink..jadi kita kena dapatkan zink dari sumber makanan atau daripada makanan tambahan.

SIAPA PERLUKAN ZINC COMPLEX?
*************************

- Lelaki dan Wanita dari bayi sampai ke tua
- Wanita Mengandung dan Menyusu
- Orang yang mempunyai pembedahan,gastrousus seperti pembedahan berat badan, atau yang mempunyai gangguan pencernaan , seperti ulser kolitis atau penyakit Crohn . Syarat-syarat ini kedua-duanya boleh mengurangkan jumlah zink yang badan menyerap dan meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing .
-Vegetarian kerana mereka tidak makan daging, yang merupakan satu sumber yang baik zink. Juga, kacang dan bijirin mereka biasanya makan mempunyai sebatian yang menyimpan zink daripada diserap sepenuhnya oleh badan. Atas sebab ini, vegetarian mungkin perlu makan zink sebanyak 50% lebih daripada jumlah yang disyorkan.
-Bayi yang menyusu lama kerana susu ibu tidak mempunyai zink yang cukup untuk bayi lebih 6 bulan umur.Makanan yang mempunyai zink seperti daging puri adalah disarankan.
-Alcoholics kerana minuman beralkohol mengurangkan jumlah zink yang badan menyerap dan meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing.
-Orang yang mempunyai penyakit sel sabit

KEBAIKAN Zinc Complex
******************

~ Meningkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit.
~ Diabetis - membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
~ Kanser prostat - pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%
~ Ovulasi wanita - wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya
~ Memperbaiki radang kulit - Pengambilan zinc dapat memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat
~ Jerawat - Zinc bertindak dengan mengawal selia jumlah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat
~ Kelesuan kronik
~ Mengekalkan deria bau - Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif
~ Kemampuan seks lelaki - zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma
Gugur rambut / botak - zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel
~ Membentuk kolagen - Zinc membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
~ Penyembuhan luka yang cepat - zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki alergy
~ Rabun malam

KESAN KEKURANGAN ZINC?
********************

Ia menyebabkan

# pertumbuhan perlahan dalam bayi dan kanak-kanak,
# perkembangan seksual lambat di kalangan remaja dan mati pucuk di kalangan lelaki.
# rambut gugur,
# cirit-birit ,
# hilang selera makan.
# Kehilangan berat badan,
# masalah dengan penyembuhan luka,
# keupayaan untuk rasa makanan, dan
# tahap kecerdasan yang rendah juga boleh berlaku.

berminat...boleh pm saya kat 0168299592 (sms, whatsapp,viber)
atau kunjungi ikamika shaklee :-)

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday 7 July 2013

Pertandingan Rumah2 Sukan di Sekolah Kebangsaan Pos Poi

Salam pembaca semua... entry kali ni aku nak kongsi tentang pengalaman aku melawat sekolah orang asli yang terletak di Sungai Siput, Perak.Nama Sekolah tu Sekolah Kebangsaan Pos Poi. Sebenarnya Sekolah ni tempat asben aku pernah mengajar masa dia jadi Guru Sandaran dari Jan2004- Dis2004. Sebelum ni dia cerita la pengalaman dia masa mengajar dekat sekolah anak-anak org asli kat situ.So aku ni yang memang sentiasa ada perasaan ingin tahu teringin la nak melawat tempat tu. dah lama dah ajak..sejak lepas kawen lagi dah ajak tapi masa tidak mengizinkan. hihihi...

So masa kali ni menyebelahi kami, sbb asben diundang oleh kawan2 lama dia yang masih mengajar di sekolah tu untuk datang ke majlis acara sukan sekolah tersebut.Teruja? Hahaha...Memang lah teruja..kami bertolak jumaat petang.. so malam la baru sampai.Memang sangat mencabar nak sampai ke tempat tu sebab kena melalui banjaran Titiwangsa..walaupun jalan tar, tapi agak tinggi dan jalan tidak elok sangat. Kereta kami memang x lepas. terpaksa parking kereta di rumah kawan asben, Dan Tumpang Kereta Kawan dia yang mengajar di sekolah tu. Diorang ada sewa rumah dekat bawah.. masa mengajar je diorang duk kat atas..maksud aku sekolah orang asli tu..Hari Isnin Diorang naik... hari Jumaat lepas mengajar diorang turunla ke bandar, ke rumah sewa diorang... macam menarik je kan..tapi sebenarnya mencabar tau.. nak naik atas tu kena menempuh .. jalan yang macam orang sabah cakap.." Grabel"..hihihi... kalah tu roller coster...tapi tu la...Pengorbanan Seorang Cikgu.. Sebab tu la kita kena hargai dan hormat cikgu kita.Tanpa cikgu siapalah kita...Eh..Sempat lagi..hehehe... ok teruskan cerita...

Sebelum aku teruska..aku nak tanya korang..sebelum  ni apa korang fikirkan tentang orang asli? mesti korang akan fikir depa tidur dlm gua, itu takde ini takde,baju ditutup dengan daun macam dalam tv, serba kekurangan.apa yang korang fikir memang Sejibik macam yang aku fikir... But...The Real is..when i Get there..... Pergh....... totally out from what I'm Thinking..Diorang Ada rumah, pakaian lengkap siap bertudung lagi murid2nya, ada tv, ASTRO pun ada..Canggih kan?. motor jangan cakapla.rasanya setiap rumah ada motor.hihihi.. kat sekolah tu siap ada wifi lagi..para bola pun ada... Ko ada? aku pun takde para bola...hahaha, Sekolah Pun Batu..bukan sekolah pondok ye... Malam sebelum sukan keesokan hari berlansung pertandingan mencari bintang..fuyyo... X sangka diorang ni sangat2 berbakat dalam bidang nyanyian.. jangankan karaoke, life band pun boleh..cuma..lagu life band yang aku request nak nyanyi je diorang tak khatam lagi..hihihi...takpe...karaoke pun karaoke lah...lepas pertandingan menyanyi, acara ronggeng pulak... yang ni aku pun join menari gak..hahaha..bila lagi kan?

Sukan berlangsung pada hari Sabtu, aku memang x pernah tengok sukan sehebat ini, memang sporting gila penduduknya. banyak acara sukan yang dipertandingkan, sukaneka pun ada. siap terfikir, kenapa kalau di bandar orang x sporting mcm ni..hihihi...jaga standard kot...x taula...ke malu? mungkin jugak...hihihi...x kisahlah... yang penting mmg pengalaman yang sangat2 menyeronokkan..banyak lagi aku nak cerita..tapi nnt korg bosan plak kan membaca.. so..jomlah cuci mata tengok gambar2 yang aku sempat ambik masa kat sana... harap korang enjoy scroll down..ekekeke....


Makan Malam...










Suasana Pagi Hari...Segar..takde bunyi bising dan asap kenderaan































Sarapan bersama pelajar SK Pos Poi..Semua ni anak2 orang asli..comel2 belaka....^^




Teh Tarik terbaik aku pernah minum..sangat sedap....hihihi...






guru2 punya motor...




asben sembang apa la dengan member lamanya tu ye... "kena kacau antu lagi ke?hihihi








terbaik sungguh!! banyak giler hamper dan hadiah..




Bersama DJ..Suara Dj mmg terbaik..Boleh Jadi Dj Radio Hot Fm lepas Ni... Bukan Klasik Nasional Ye..Hihihi




Baru Nak merasa..hahaha


Asal aku nak ambik gambar je..depa ni dok menyakat aku kata nak buat Testimoni Shaklee...Kelakar betullah...Hahaha..








Testimoni Skin Care..Dari Gelap Ke Cerah... Wakakaka....Putih Dalam masa 4 minggu...


Jemputan yang datang jauh dari KLIA




















Malu plak awek ni







Pengedit lagu yang akan dimainkan... Tapi mintak lagu Sayang Kinabalu takde plak...Hohoho


Abg Dannial jumpa alat muzik yang baru baginya






Testimoni Slimming set Plak...Hahaha..Ko Ada? wakakaka...


En Asben dengan bangganya menunjukkan lambang SK Pos Poi


Perbarisan Masuk






cikgu2 dan sorg bekas Cikgu bertugas...


dapat baju kena la turun padang...hihi














tetamu Vip






Ustaz baca doa....



Anak aku yang keletihan...hihihi












My Hero & Little Hero


Persembahan Sewang Dari Penduduk kampung


Tu Dia...Juru latih...:-)










lagi sorang Jurulatih


Banyakkan Hadiah... terbaik lah....








he loves to run...:-)












Berpusu-pusu nak daftar utk join pertandingan terbuka..










Busy cikgu2 ni...Hihihi




Aku diberikan kesempatan untuk tekan benda alah tu..(x tau apa nama..hihi)


















Para penonton

















Nampak Tak rumah kat atas tu?








Acara Menyumpit..best tgk...










sukaneka kat bawah tu


Menuju ke Sungai tempat Asben selalu mandi...hihihi








Dia kata dulu x secetek ini....hmmm


















Suka dua beradik ni..hihi












hahaha..x tau nak buat apa...ekekeke






Sempat lagi kami di bawa melawat ke Istana kuning(istana yang x paku)Thanks....


Add caption
Sebenarnya kami nak ke lumut ni sebab nak ziarah cousin, nak surprise kunun sebab dah alang2 sampai Sungai Siput kan.Tapi surprise tak menjadi sebab cousin turun KL rupanya...hahaha...so kami pun mencarila hotel utk tidur. Akhirnya menginap di Valley View Hotel...Esok pagiya kami ada tetamu yang dtg melawat..Nasib bek semua dah mandi kecuali En.Asben..hihihi... Sbb plan nak bawak anak2 mandi2 kat pantai teluk batik. Tapi sampai Pantai Teluk Batik tak jadilah pula mandi kat situ.Dannial nak mandi kat Marina Cove Resort.Dengan panas terik, memang sesuai sgt bg sesiapa yang nak menggelapkan kulit.mandi dari kul 2 sampi kul 4. Lepas mandi tu kitorang singgah Aeon Sri Manjung Perak, sebab nak sambut Bday Qisya yang dah delay beberapa hari. bday Qisya 5 Julai, tapi disambut 7 Julai.Hihihi....disebabkan Qisya tidur masa kami sampai Aeon, dan stroller tinggal kat rumah, tepaksala menggunakan troli aeon sementara menunggu Qisya Bangun. Dah bgn baru pinjam Kiddie Car dekat kaunter informasi. Dan kami pun sambutlah bday Qisya.Sambut biasa2 je la...hihihi....Semoga Qisya membesar menjadi anak yang Solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat.Amin...Jom Tengok gambar2 yang x seberapa ni...^^
Kwn Lama En Asben melawat smpi ke Hotel..Thanks sbb sudi melawat...Hihihi...





Last Day in Perak...Mandi kat Marina Resort...















































inilah hasilnya bila x bawak stroller.Hihihi




dapat gak kiddie car..











Happy birthday Qisya...dah setahun anak mama & abah ni























Add caption








bday girl yang comot







itu saja story dari aku...apapun thanks diatas bantuan, dan entertainment dari para cikgu2, dan penduduk kampung...Hopefully dapat pegi lagi..undanglah kami sekali lagi...hihi..

Pengangkutan di taja oleh Toyota Hilux - Chon Chon
Penginapan 5 star di taja oleh SK Pos poi..Tidur kat rumah GB tu....Terbaik....
Makanan di taja oleh SK Pos Poi..Siap dapat makan Durian Hutan..walaupun rasa x puas lagi..hahaha
Cenderahati Di Taja Oleh SK Pos poi...utk perlawanan Petanque..best2..:-)

Terima Kasih...Sk Pos Poi With Love...