Monday 6 October 2014

TRIP TO TENOM, SABAH

Salam semua.... wah..lama dah aku tak update blog kan... nak story story la...korang tengok title pun dah tau kan. Trip to Tenom.
Sebenarnya benda ni terjadi tak di rancang pun. Bak kata orang, gamble je..aku ke kota kinabalu sebenarnya nak hadir kenduri kawen kawan aku. Tapi disebabkan banyak masa terluang, so aku dan husband aku befikir la.. samada nak melawat pulau2 atau nak merasa naik train yang boleh dikatakan agak rare la...
So kami decide pada 01.09.14 untuk gamble je keesokan harinya...
Tapi sebelum tu kami google la waktu bertolak keretapi jam berapa..
Nanti tertinggal train plak.... oh ya.. mak dan bapak akupun terjebak sekali dalam pengembaraan kami ni..hehehe...

Lets the story begin..:-)

02.09.14
Kul 5 pagi lagi dah bangun.... kul 6 adik aku hantar kami ke stesen keretapi yang terletak di Tg.Aru. kul 0640 kami sampai stesen..
Tengok kaunter jam 7 baru buka. jadi kami ambik keputusan untuk bersarapan dulu. Sebelah bangunan je gerai makan tu. Habis sarapan, kami pun beraturla beli tiket. kami beli tiket ke beaufort, sebab nak ke tenom.

Trip mini backpack kami kalini adalah yang paling murah setakat ni.. tengok jakla harga tiket train ni..:-)

Senarai harga tiket 

Tg. Aru - Beaufort ( Depart 0745-0945)
Dewasa RM 4.80
Kanak- kanak RM 2.40

Beaufort -Tenom ( Depart 1330-1600)
Dewasa RM 2.75
Kanak-kanak RM 1.40

Waktu bertolak balik dari Tenom

Tenom- Beaufort = 07.30-0955 & 1330-1600
Beaufort - Tg. Aru = 1100-1300 & 1700-1900




So...jom tengok apa yang aku sempat capture.. sorryla kalau gambar tak cantik. Aku guna camera samsung tab je.... 










kat atas tu gambar kat depan stesen Tg. Aru



Qisya posing di dalam Train yang dah tak digunakan lagi. Agak berhabuk

Nampak tu jari menuding ke beaufort....hihihi

Yeahhhh..... Mama dan abg pegang bendera sabah... we are Sabahan...ekekee...




Ha.... Kami sampai di beaufort jam 9.45 pagi. Dan train menuju ke Tenom pula jam 1.30 ptg.. sangat banyak masa yang terluang kan... lama betul kena menunggu... jadi kami pun berjalan jalan la di sekitar pekan beaufort. cari makan.. dan terjumpa satu tempat makan best..

Nama Restoran Tu Restoran Brunei Satay House
Sate perut are recommended ... sangat sedap ok.. kuah dia pun awsome. 
try juga makan Kelupis cecah kuah sate....rasanya memang sedap....

Tempat dia berdekatan je dengan stesen keretapi beaufort. senang sangat nak cari.



gambar-gambar di atas ni, sementara menunggu train bertolak.








Tu dia... sampai keluar urat tangan sebab pegang erat-erat..takut jatuh..train tengah bergerak ni..


Caption kat atas ni.. agak lawak sikit. my bapak cerita.. masa kitorg Sibuk begambar...bapak aku terdengar la orang kampung bebisik sesama diorang, kata yang kami ni cari bahaya...yela... begambar time train tengah begerak...hihihi... 






So apa perasaan korang bila tengok gambar- gambar kat atas tu.. sangat rare kan train itu..hehehe



Nampak tak backpack yang aku galas tu, disitula tempat kami isi segala pakaian, keperluan anak-anak (susu & pampers), pakaian kami 4 beranak. dan sedikit bekalan makanan.Mujur muat..






Mini factory ni memang tak tau nak kata apa sebenarnya... aku maksudkan kilang kopi tenom yang lain, tapi lain yang tembus... hampir 2km kami bejalan kaki meredah panas.. lastly jumpa factory tenom fatt choi coffee.. disebabkan dah keletihan. kami pun belasah jela lepak minum.. sempat juga tengok pelbagai jenis kopi dari serata dunia.. kagum seketika...

Selepas alas perut, barulah kami cari tempat menginap...sorry sbb akupun dah lupa mana hotel kami menginap... huhuhu... tapi berdekatan dengan stesen keretapi Tenom juga.. Sebab bajet nak bertolak ikut 1st train keesokannya...






Ini salah satu perhentian train, yang mana siapa siapa yang ingin mengalami pengalaman Water Rafting, di Sungai Padas, mereka akan turun di stesen ni.
Boleh try klik laman web ni kalau rasa-rasa nak cuba 






My mamak dan bapak tgh santai dalam train dr Beaufort ke Tg. Aru... train yang ni tak rare dah... sama macam train kat kl...




flight kitorang tgh malam.. lenanya la 3 beranak ni tido.. makanan tu tapau ja..... 


Si adik tak larat dah nak duduk... bagi baring je kat atas bagasi.... hihihi...
Apapun pengalaman balik sabah kali ni memang tak akan dilupakan.. 

kalau korang nak tanya apa-apa tentang sabah, jangan malu bertanya.. InsyaAllah saya akan cuba membantu.... saya harap entry kali ini akan membantu anda mengenali negeri saya.. 

Jom terokai sabah, Negeri Dibawah Bayu