Tuesday 28 July 2015

Raya Bajet di Kedah 2015

Salam semua... 
Selamat Hari Raya ,Maaf zahir batin...

hehehe..... macam mana raya korang tahun ni.. ikut saranan ke untuk tak payah balik kampung..hihihi....
apapun semoga raya korang semua happy dan bergembira di samping insan insan tersayang, walaupun ada yang kena balik lewat sebab tuntutan kerja... jasa korang hanya Tuhan yang membalasnya... :-)
oh ya.. tahun ni giliran beraya di Kedah..(Negeri Husband).

Ramai kawan-kawan dan sedara mara berkata... Banyak duit kamu ni travel sana sini...bla bla bla....
Ermm sebenarnya, kita tidak perlu jadi kaya untuk travel.. yang penting fikir positif, niat untuk gembirakan ahli keluarga terutama suami dan anak-anak, selain lawatan sambil belajar dan yang penting selalu buat kira-kira...hehehe.. saving la tu... :-)


Budget korang pula macam mana? adakah berlebihan atau cukup cukup atau kurang?
untuk kami, aku rasa bolehlah... cukup2 rasanya... sebab kami dah asing budget raya (minyak dan tol) sebelum bulan puasa lagi. Baju anak-anak pula untuk raya kedua, ketiga dan seterusnya beli 2 bulan sebelum puasa,beli time harga runtuh,memang murahla.. Dapatlah sorang 5 pasang untuk abang dan adik... demi anak, biar mama dan abah tak pakai baju baru.. baju kurung dan baju melayu diorg je beli time bulan puasa...

Tahun ni, aku dapat buat satu penjimatan yang besar, iaitu, kami tak membeli di bazar Ramadhan, aku dan husband masak secara bergilir.dalam bulan puasa tahun ni, cuma sekali jejak kaki ke Bazar sebab nak bawak makanan masa berbuka di rumah abang Ipar.Alhamdulillah, banyak save duit. banding tahun-tahun sebelum ni, asal ke bazar je, paling minimum belanja Rm 20.huhuhu..


Ceklist Raya Ke Kedah yang aku buat

Baju-baju raya  dan kasut Abang RM150
Baju- baju Raya dan kasut Adik RM150
(settle 2 bulan sebelum puasa Kecuali baju melayu dan kurung)
 
Minyak RM300
Tol RM 200
(settle sebulan sebelum puasa)

Baju Raya Mama RM 100
Baju Raya Abah RM100
persiapan lain lain RM300
(dalam bulan puasa) 

Total RM 1300.00
kalau kira lump sum memang agak besar untuk orang-orang biasa macam aku, tapi ni budget untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak. tapi kalau buat asing-asing, takdela kita rasa sangat kan.


oklah.. budget aku dah cerita, sekarang aku nak share perjalanan raya kami secara ringkas, lepas tu baru boleh belanja banyak gambar..hehehe..

16.08.2015 : KLIA - Kedah
17.08.2015 : Kedah raya pertama, beraya di sekitar kawasan kampung
18.08.2015 : Kedah raya kedua, ke kaki gunung jerai melawat keluarga,
                    Melawat Menara Alor Setar, Melawat Rumah Kedah, Beraya
                    ke rumah kawan berhampiran Kuala Kedah.
19.08.2015 : sambung beraya di sekitar Kedah
20.08.2015 : beraya di sekitar kedah
21.08.2015 : Kedah - Penang - KL
22.08 2015 : Sampai Rumah di Kuarters KLIA














Bahagianya tengok dua beradik ni gembira



rumah warisan kedah





Di rumah sahabat




Dapat sepasang Burung dari Tok Tam

Gigih Google Maps Cari Naim Gulai Ikan Sembilang yang terletak di area Tanjung Dawai


Atas feri nak ke Penang, Takut laut malam, so duduk diam diam dalam kereta, satu kelemahan aku.


jumpa Transformers




Alhamdulillah...murah rezeki orang yang belanja ni.. Amin


cousin tapi sekelas masa sekolah...

Siapa siapa yang dah sampai Last photo..let me know dgn respon di ruangan komen.... tahniah dan terima kasih kerana sudi melayan gambar gambar yang sangat biasa biasa ni... hehehe... 

apa yang aku belajar, "kita tidak perlu jadi kaya untuk travel" :-)


 

Wednesday 8 July 2015

Birthday Qisya Di Wondermilk Ioi City Mall

Salam semua.....harap korang sentiasa sihat walafiat... di entry kalini aku nak share tentang satu tempat makan yang awsome. terutama kepada golongan yang suka makan kek, cupcakes dan beberapa jenis  western food. 
sebenarnya ini adalah unplanned planning, boleh juga dikatakan rancangan tetiba... sebab aku dan husband pening nak celebrate birthday puteri kami.. ingat naj sambut kat rumah je, tapi bila tgk mr google.. ada plak blogger post pasal tempat ni.. so kami pun buat keputusan untuk cuba..

Tempat yang di maksudkan ialah Wondermilk Ioi city Mall.. Tahun ni birthday Qisya kena pada Bulan Ramadhan, jadi kami cadang berbuka puasa dan celebrate kecil kecilan kat wondermilk. sehari sebelum celebration, aku try call wondermilk konon nak booking tempat, tapi staff dia kata kena call jam 6 keesokan hari, mujur staff dia friendly juga..hehehe...so, akupun kata ok..

Pada hari kejadian, kami bertolak awal, lebih kurang dalam jam 4 jugalah kami sampai Ioi City Mall tu.
terus mencari dimana letaknya restoran wondermilk tersebut..hihihi..
Sampai saja kami kat restoran, saya pun bertanya untuk tempahan meja waktu berbuka, staff dia kata kena order terus, so kami pun orderla apa yang patut...lepas order dan bayar, kami pun pergilah pusing2 sekitar Mall, nak tengok wayang tapi ramai sangat orang beratur, nak beli online pulak, masa tayangan yang ada pun selepas berbuka, so kami pun buang masa  dengan cuci mata dan bergambar.... hehehe....
oklah... jums tengok apa yang ada...



On the way nak ke Ioi city Mall.... gaya lebih birthday Girl...

Qisya busy cuci mata...


waiting.....




Dah takde keja...

White Theme...hehehe




Happy je dua beradik tu... hihihi


Posing Saja.....






ok.. waktu ni dah dekat waktu berbuka.dalam jam 07.10 ptg...

dah booking meja masing masing...:-)

santai je kat dalam..lain branch lain design..
Ambik seat berhampiran Mini playground ni. senang nak pantau anak- anak main..

Alamak lupa dah namanya, cheese apa ntah..huhuhu..tapi memang sedap

 super ultimate burger


Zombie Burger..

Choc moist cake..

Kids meals ni percuma air ribena

Yang ni last sampai, sandwich steak. macam tak puas je... ekekeke..

Antara air yang ada, Kopi beruang dan kopi cap rusa kira wajib cuba, trademark Wondermilk orang kata.
 sedap..




Jemput Adik aku, dan kak Ipar aku .. kecil kecilan je..hihihi













Oklah.. itu je yang dapat di share, harga makanan dekat wondermilk adalah standard, untuk kami sekali sekala bolehla..

untuk yang ada anak anak tu, korang jangan risau, ada mini playground disediakan..so korang boleh makan dengan tenang..hehehe.. macam kami..tenang je makan..anak anak nak makan baru datang semula ke meja. hehehe.. 

Memang puas hati dengan service, staff pun friendly, makanan sangat marvellous, masa sampai nampak macam sedikit, konon nanti tak kenyang... haaa... aku gigih juga menghabiskan walaupun dah kenyang.. (Sikit ko kata.. hahahahah)
yang paling penting, kek dari Wondermilk sangat fresh.. dan sangat sedap ok...

dan lagi penting Qisya happy sebab dapat kek warna pink..Happy birthday my princess Qisya Qaira Al Humayra yang ke 3 tahun... semoga membesar menjadi anak yang baik dan solehah dan berjaya dalam apa juga bidang..Amin.. korang yang membaca harap dapat mengaminkan sama ye... terima kasih..;-)

kesimpulannya.. Wondermilk satu tempat yang wajib di rasa....hehehe..
ni alamat yang kitorang pegi...

IOI CITY MALL

G-77 Ground Floor
IOI City Mall
Putrajaya
62502 Sepang
Selangor
Tel: 03-8957 7645
Fax: 03-8959 7645

Shop Hours: 10AM – 10PM


buat korang yang nak cuba wondermilk boleh cuba kat mana -mana branch berdekatan korang klik
bawah ni ok...:-)
wondermilk


oklah.... sampai sini saja dulu entry aku kali ni..
terima kasih kerana sudi membaca...;-)