Salam Semua...Rasa teruja lak nak publish sehari Awal..padahal hari pekerja pada esok hari kan....hihihi...besok ada aktiviti so..x sempat nak publish nnt.. kepada seluruh keluarga, rakan taulan, blogger, semuanya la... Selamat hari pekerja saya ucapkan.... enjoy ur labour day...:-)
Tuesday, 30 April 2013
Monday, 29 April 2013
Krisis Penyembuhan / Healing Crisis
Assalamualaikum w.b.t. Dan Selamat Sejahtera semua
kepada pelanggan2 saya diluar sana, harap2 anda smua sihat, cantik dan bertenaga hendak-Nya..
hari ni saya nak kongsi tentang krisis penyembuhan. ade bebrapa customer yg dtg,sms,Whatsapp refer saya, bgtau diorg rasa pening2 la, gatal2 la after mkn shaklee. ada jugak yg jerawat makin banyak keluar..huhu..scary kan. smpai ada yg fikir shaklee ni x sesuai ngan diorng..
ha..jika anda mengalami masalah2 tersebut..jangan cepat melatah! jangan putus asa! jangan pendamkan! refer distributor anda! kami di sini sedia memberikan consultancy untuk anda dan bersedia mendengar masalah anda!
apa yang anda alami itu sbnrnye bukan kesan buruk! malah kesan baik, kerana bila adanya tanda2 spt ini, menunjukkan badan anda telah ada tindakbalas dgn nutrisi yg anda ambil. cthnye, kalau badan gatal2 mcm saya pernah kena, maksudnya toksin keluar. dan utk kurangkan proses ini supaya gatal2 tu tak keluar kt tempat yg x sepatutnya, minumlah bnyk2 air, atau tambahkan agen detoks spt alfalfa dan herbalax ke dlm list of supplement anda
Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?
A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.
Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?
A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.
Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?
A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.
Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?
A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.
Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.
Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
- Tidak mengamalkannya setiap hari
- Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
- Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
- Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
- Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
- Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
- Mengalami masalah emosi
Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:
Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab
Sakit kepala yang melampau -Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin
Demam, -tidak cukup rehat Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
Cirit-birit, -meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar
Kembung perut -Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir -Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan
Penghasilan lendir seperti selsema,kahak -Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
Pendarahan Hidung -Mungkin petanda bagi kekurangan darah
Rasa sakit pada otot dan sendi -Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
Peningkatan rasa sakit di sebahagian -Mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalah
Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif -Sistem saraf yang lemah
Kitaran haid yang tidak menentu, -Hormon yang tidak seimbang / penyakit buasir perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak
Lapar, Pening -Tekanan darah rendah, anaemia
Loya, sembelit, tersedu -Sistem hadaman yang lemah, masalah hati
Edema (membengkak) -Masalah buah pinggang
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity
Untuk itu,hopefully, info ni dapatlah menyedapkan hati anda semua ya. bukan effect buruk tau. cuma tindakbalas memperbetulkan sistem badan. InsyaAllah berkesan dengan positif.
yang penting, jgn putus asa dan ikut cara yang betol.
apa2 pun, supplement ni cumalah salah satu checklist je utk kita. jika ade tnda2 yg lebih teruk, ada baiknya jumpa doktor dlu ya!
sumber
VIVIX
Vivix adalah minuman campuran botani dan ianya adalah revolusi terkini dalam pemakanan polifenol.
Kandungan unik Vivix adalah dari campuran Polygonum Cuspidatum, Anggur
Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu. Semua tumbuhan nie ada
kandungan polifenol yang sungguh tinggi. Dan ini menjadikan Vivix
Shaklee antara 'tonik awet muda' yang paling tinggi khasiat anti-oksidan
dan kaya dengan sel anti-penuaan.
Siapa yang perlukan Vivix?
- Semua orang dewasa yang mahu tampak awet muda dan sihat optimum
(PERHATIAN: ibu mengandung tidak disarankan mengambil Vivix)
Bagaimana Vivix bertindak?
- Kerosakan DNA
Setiap hari sel tubuh badan diserang oleh hampir sejuta serangan yang
merosakkan DNA. Kesan serangan merosakkan pengkalan data genetik,
menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu
fungsi sel. Campuran Vivix Shaklee akan melindungi dan memperbaiki
sellular DNA di dalam badan.
- Pengawalan Genetik
Pengawalan genetik di dalam badan beri kesan ke atas deteriorasi
(kemerosotan) umur pada tahap selular. Dalam satu ujian klinikal yang
terbaru, hasilnya membuktikan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan
genetik utama yang menyokong melambatkan penuaan tahap selular. Jadi
seseorang akan tampak lebih muda dari umur sebenar.
- Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel.
Mitochondria (penjana tenaga) dalam tubuh manusia menghasilkan tenaga
yang diperlukan. Bila umur semakin meningkat kecekapan mitochondria juga
menurun. Ini juga beri kesan kepada fungsi sel yang turut menurun.
Vivix Shaklee menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitichondria
untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel. Menjadikan seseorang lebih
cergas dan bertenaga.
- Penimbunan Protein AGE
Lebihan protein AGE (advanced glycation end products) akan beri
kerosakan tahap selular yang akan melemahkan kekuatan sel dan hayat umur
seseorang. Ramuan Vivix ada 10 kali ganda lebih kuat dari resveretrol (
kandungan unik dalam buah anggur "muscadine") untuk melambatkan
pembentukan protein AGE. Kesannya muka tampak 'fresh' dan muda.
Kebaikan Vivix juga meliputi memelihara kesihatan jantung, otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap selular, kesihatan dan kesejahteraan.
Keberkesanan ini telah terbukti apabila pesakit SLE tidak perlu
mengambil ubat-ubatan hospital. Hanya menggunakan Vivix dan produk
Shaklee bagi mengawal SLE yang dihidapinya. Juga bacaan gula tinggi
pesakit diabetes juga menjadi normal dan tidak perlu bergantung pada
insulin dan ubat-ubatan.
DISCLAIMER
Segala penulisan, produk serta
perkongsian testimoni dari pengguna yang terkandung di dalam blog ini
tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau
mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau
pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
Segala penulisan dan maklumat yang dipaparkan adalah sekadar perkongsian
maklumat dan bukannya nasihat perubatan.
Tuesday, 23 April 2013
Gla Complex untuk siapa?
GLA
Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid
gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan
vitamin E. Info lanjut mengenai GLA boleh baca ini. Kebiasaannya
digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan
untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus
untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.
sesuai utk siapa ye?haaaa...jom tgk sapa yang kena...hihihi
sesuai utk siapa ye?haaaa...jom tgk sapa yang kena...hihihi
- Wanita yang menghadapi PMS
- Mereka yang menghadapi kencing manis
- Mereka yang bimbang dengan berat badan berlebihan
- pengidap arthritis rheumatoid dan eczema
- Mereka yang menghidap diabetes
- Period yang tidak teratur
- Mereka yang mahu mencantikkan kulit
· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.
GLA Complex ini boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia
sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka
yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan
kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik.
Berminat Boleh Hubungi saya 0168299592 (sms/whatsupp) ataupun klik order form
boleh gak ke Ikamika Shaklee / Hakimika Shaklee
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
sumber: supervitamin
Apa Itu GLA Complex
EPO (Evening Primerose Oil) tentunya dah sangat sinonim dengan wanita. EPO ini sangat baik untuk hormon dan juga kulit. Shaklee tidak mengeluarkan supplemen dengan nama EPO tetapi sesuatu yang lebih baik iaitu GLA complex.
Apa itu GLA?
Pada
kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji
evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa
minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA).
Kandungan EPO yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan
kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan
digunakan di seluruh dunia. Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak
evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong
kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan.
Asid-asid
lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk
fungsi tubuh. Ia diperlukan untuk menukarkan linoleic acid kepada GLA.
Jadi, Shaklee memudahkan anda. Shaklee telah pun mengekstrakkan GLA
daripada EPO untuk terus digunakan oleh badan.
GLA juga merupakan bahan binaan bagi prostaglandin.
Apa pula prostaglandin?
Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal
tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik
dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah
disamping mengurangkan tekanan darah
Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk
memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan
tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose,
iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan
menyenangkan.
GLA
(Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara
kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis
asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk
prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan
mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari
adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E
yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan
memelihara integriti sel.
Manfaat GLA Complex:
1. Melancarkan perjalanan darah bagi membantu dalam masalah ketidaksuburan pada lelaki dan wanita. Ia menguatkan otot organ lelaki dan membaikpulih fungsi uterus.
2. Asid lemak menjaga kecantikan kuku, rambut dan kulit kepala.
3. Mengurangkan ketidakselesaan semasa pra-haid (PMS).
4. Mengawal penyakit2 kewanitaan seperti endometriosis dan ketulan pada payudara.
5. Mengelakkan kerosakan saraf yang disebabkan oleh diabetes.
6. Mengurangkan simptom ekzema
7. Membantu pesakit Alzheimer
Berminat Boleh Hubungi saya 0168299592 (sms/whatsupp) ataupun klik order form
boleh gak ke Ikamika Shaklee / Hakimika Shaklee
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Monday, 22 April 2013
Set Kesuburan Shaklee
DOA,AMALAN DAN SET KESUBURAN SHAKLEE
Anak
adalah anugerah dari Allah yang tidak ternilai harganya...Setiap pasangan yang
berkahwin akan berusaha untuk mendapatkan zuriat namun, tidak semua pasangan
suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu
mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak
mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu
diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH
s.w.t.
Kepada rakan taulan yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat,disini ada doa dan
amalan yang diambil dari petikan ~Ustazah Siti Nor Bahiyah
Dalam
Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan
mendapat zuriat yang baik dan soleh.
- Bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”
- Bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.”
Amalkan
membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat.
Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak.
Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa
sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t
Amalan-amalan
untuk memperolehi zuriat
Mungkin
anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan
penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
Amalan
pertama.
- Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali
- Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan
kedua
- Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
- Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
- Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
- Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
- Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya
Selain
itu saya ingin memperkenalkan set kesuburan Shaklee pada semua pasangan yang
sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat..kita berusaha yang menentukannya
adalah Allah s.w.t
Vita E
& Selenium - sebagai
anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi
bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam
kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu
pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
Vitamin B Complex penting terutama
untuk mereka yang merancang untuk mengandung kerana ia mengandungi asid folik
yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.
Alfalfa untuk wanita
membantu dalam hal2 organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti
keputihan dan sebagainya.Untuk lelaki pula meningkatkan stamina
Vitamin/produk yang memainkan peranan
dalam kesuburan ini adalah GLA Complex untuk wanita dan Zinc Complex untuk
suami. Bagaimana kedua2 ini berfungsi?
GLA Complex membantu tubuh
menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’
untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari.
Zinc pula membantu
menguatkan sperma.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Subscribe to:
Posts (Atom)