Thursday, 16 May 2013

Apa Itu Fibroid?



Apakah Ketumbuhan Fibroid?

Fibroids adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang paling sering melanda wanita dan ia bukan kanser. Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan apa2 simptom atau gejala. Bila meningkat umor empat puluhan , 30% wanita ada tumbuhan fibroids.

Ada yang tumbuh satu sahaja dan besar, ada yang banyak ketul, pernah say buang 33 biji fibroid dari seorang wanita.

Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.


        Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.
Mengapa Tumbuh Fibroid?

        Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.
        Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.
        Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.
Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon

 Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.

        Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.
        Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.
Sumber Dari Dr. Hamid Arshat

18 comments:

  1. berapa minimum saiz yg perlu di bedah sekiranya seseorang itu mengalami atau mempunyai fibroid sedangkan dia belum berkahwin dan akan berkahwin tidak lama lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. maaf baru perasan ada komen.. huhuhu... minimum tak tentu,ikut kepada saiz fibroid tersebut.. tpi kita doakan semoga kita dijauhkan dari masalah fibroid yg membesar..huhuhu

      Delete
    2. Salam.. maaf baru perasan ada komen.. huhuhu... minimum tak tentu,ikut kepada saiz fibroid tersebut.. tpi kita doakan semoga kita dijauhkan dari masalah fibroid yg membesar..huhuhu

      Delete
  2. sy x datang haid selepas berhenti pil perancang.sebelum ni haid sy teratur.sy nak merancang kehamilan anak kedua.tp sy x dtang haid lg selama dua bulan.sakit di bahagian ari2 semakin kerap berlaku.kenapa ye..

    ReplyDelete
  3. sy x datang haid selepas berhenti pil perancang.sebelum ni haid sy teratur.sy nak merancang kehamilan anak kedua.tp sy x dtang haid lg selama dua bulan.sakit di bahagian ari2 semakin kerap berlaku.kenapa ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... pada pendapat saya, ada baiknya puan terus merujuk doktor sakit puan.. :-)

      Semoga puan berjaya utk hamil lagi dan diberikan kesihatan yg baik...

      Saya pernah diberitahu oleh tukang urut, kalau ari2 kerap sakit, maksudnya rahim kita x berada di tempat yg sepatutnya, means jatuh sedikit...

      Wallahualam... apa pun,kena juga tanya kepada yg lebih pakar...

      Delete
    2. Salam... pada pendapat saya, ada baiknya puan terus merujuk doktor sakit puan.. :-)

      Semoga puan berjaya utk hamil lagi dan diberikan kesihatan yg baik...

      Saya pernah diberitahu oleh tukang urut, kalau ari2 kerap sakit, maksudnya rahim kita x berada di tempat yg sepatutnya, means jatuh sedikit...

      Wallahualam... apa pun,kena juga tanya kepada yg lebih pakar...

      Delete
  4. Salam..sy nk tnya..apakah rawatan yg selalu diberikan kepada pesakit apabila direfer ke hospital?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... setahu saya utk fibroid ni, doktor akan suggest utk buang.. maksdnya kena buat sedikit pembedahan... tapi apa apapun kena rujuk doktor pakar juga...heheheh.. btw.. thanks for reading... :-)

      Delete
    2. Salam... setahu saya utk fibroid ni, doktor akan suggest utk buang.. maksdnya kena buat sedikit pembedahan... tapi apa apapun kena rujuk doktor pakar juga...heheheh.. btw.. thanks for reading... :-)

      Delete
  5. Salam..sy nk tnya..apakah rawatan yg selalu diberikan kepada pesakit apabila direfer ke hospital?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..maaf lewat... setahu saya, kalau fibroid tu telah di kesan.. pembedahan utk buang fibroid tu akan di buat... wallahualam.. apa pun mmg kita kena refer kpd doktor yang lebih pakar.. :-)

      Delete
    2. Salam..maaf lewat... setahu saya, kalau fibroid tu telah di kesan.. pembedahan utk buang fibroid tu akan di buat... wallahualam.. apa pun mmg kita kena refer kpd doktor yang lebih pakar.. :-)

      Delete
  6. Assalamualaikum saya nak tnya . Saya sebelum period akan mengalami sakit perut , ari2 and pinggang . Selalu saya menahan sakit cmtu selama 2 minggu sebelum sy period . Adakah itu salah satu petanda yg sy kena fibroid itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... ikut beberapa artikel dan sejarah2 dr beberapa pesakit yg pernah saya baca.. itu seperti symptom..
      Saya tak berani nak berkata lebih sebab saya bukan doktor...

      Ada baiknya jika puan membuat temujanji dengan doktor pakar sakit puan dan ceritakan semua tentang masalah2 yg puan hidapi.. tapi saya doakan supaya itu semua sakit normal dan takde kena mengena dgn fibroid.. smg puan sentiasa sihat walafiat...Amin.... :-)

      Delete
    2. Waalaikumsalam... ikut beberapa artikel dan sejarah2 dr beberapa pesakit yg pernah saya baca.. itu seperti symptom..
      Saya tak berani nak berkata lebih sebab saya bukan doktor...

      Ada baiknya jika puan membuat temujanji dengan doktor pakar sakit puan dan ceritakan semua tentang masalah2 yg puan hidapi.. tapi saya doakan supaya itu semua sakit normal dan takde kena mengena dgn fibroid.. smg puan sentiasa sihat walafiat...Amin.... :-)

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Saya ibu suri rumah.kitaran haid saya normal 1bulan rutin .akan tetapi setiap datang haid selalu sakit ..jika dulu 1hari dah ok sekarang sakit dalam 3hari.di sebelah kiri perut ada sesuatu sedikit keras bila saya tekan dan sedikit nyeri saya rasakan . Apa kah itu febroid??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...