Saturday, 29 November 2014

Muslim Homestay UUC Telipok, Kota Kinabalu

Salam semua.... haaa... sebelum ni aku ada cerita tentang muslim homestay di jalan sulaman, kota kinabalu..
Sekarang ni aku nak cerita tentang homestay yang terletak di University Utama Condo (UUC),

Homestay ini terletak di

Jalan Kayu Madan,
88450, Telipok
Kota Kinabalu,
Sabah

Apa yang bestnya bila korang menginap di sini..
Homestay ini akan membuatkan korang berasa berada di rumah sendiri...sebabnyaaaa ada

* full furniture
* mesin basuh
* peralatan memasak
* meja makan
* peti ais
* wifi
* smart home alarm
* camera di hadapan pintu
* Astro
* Barang barang elektrik
* Gym
* outdoor swimming pool

Untuk makluman korang, UUC tidak mempunyai lift ye....

Selain itu, untuk korang yang nak menginap di UUC perkhidmatan kereta sewa Alza auto disediakan..
Bestkan... tak payah pening nak cari kereta sewa...

So nak tau rate homestay di UUC ni ke?
Normal Rate RM 170
Peak Rate RM 190

kena bayar 2 jenis Deposit Tau

1 ) Deposit satu (1)Malam Untuk Lock Booking ( Bayar melalui Transfer ke akaun)

2 ) Deposit RM50 semasa cek in, dan akan dikembalikan semasa cek out ( deposit ni utk access
     kunci homestay dan kad swimming pool & gym. sekiranya hilang, deposit tidak akan
     dikembalikan)


Add on pakej kereta sewa Alza (A)
Rm100 /day (fised price)

Harga homestay masih boleh runding, terutama kalau korang nak stay lama..

Untuk pertanyaan boleh hubungi
Ika +60168299592 (Whatsapp)

Tempahan awal sangat digalakkan untuk mengelakkan kekecewaan melanda korang.. wakakak....

So... mari kita layan photo2 homestay UUC ini....
( HARAP MAAF...buat masa ni tak dapat nak upload gambar. kalau nak tengok gambar homestay boleh whatsapp saya ye. segala kesulitan amatlah dikesali.)








Tuesday, 18 November 2014

omega guard shaklee

Antara manfaat yang boleh didapati daripada minyak ikan Omega Guard ini ialah:
  1. Sangat bagus untuk perkembangan minda dan otak. Khasiat DHA yang terkandung dalam Omega Guard dapat dinikmati oleh bayi sejak dalam kandungan lagi jika ibu-ibu mengambilnya sewaktu mengandung. Ia kemudian dapat diteruskan menerusi penyusuan susu ibu jika ibu menyusu mengambilnya. Apabila mencecah umur satu tahun, Omega Guard boleh dicampurkan ke dalam susu atau makanan kanak-kanak atau sekiranya dia pandai menguyah, dia boleh mengunyahnya.
  2. Baik untuk perkembangan memori dan fokus. Omega Guard adalah supplement yang sangat sesuai untuk orang yang mudah lupa atau hilang fokus kerana ia membantu dalam meningkatkan daya ingatan kita.
  3. Menyokong kesihatan kardiovaskular. Asid lemak Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan asid lemak yang penting dalam membantu memastikan jantung, arteri dan salur darah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan tidak tersumbat. Omega Guard membantu merendahkan paras trigliserida dalam badan lalu merendahkan risiko daripada terkena penyakit jantung ataupun stroke.
  4. Mengawal paras kolestrol. Omega Guard juga bertindak untuk melawan kolestrol jahat (LDL). Ia akan mengurangkan kandungan kolestrol jahat dalam darah dan meningkatkan bilangan kolestrol baik.
  5. Mengurangkan sakit sendi. Salah satu manfaat Omega Guard ialah ia juga bersifat anti-radang. Banyak kajian menunjukkan supplemen minyak ikan (EPA+DHA) amat bermanfaat dalam mengurangkan kebas dan keradangan pada sendi dan seterusnya membantu dalam merawat rheumatoid arthritis.
  6. Mengurangkan gejala asthma. Memandangkan Omega 3 amat baik untuk melawan radang, maka pengambilan minyak ikan Omega Guard dapat membantu mengurangkan gejala selsema, asthma ataupun radang paru-paru.
  7. Menguraikan lemak. Omega Guard mencegah pengumpulan lemak pada badan dan seterusnya mengelakkan masalah obesiti.
  8. Memelihara kesihatan kulit. Omega Guard dapat membantu melicinkan kulit dan membantu memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis dan lain-lain.
berminat?
 pm saya kat 0168299592 (sms, whatsapp,)
atau kunjungi   Page saya ikamika shaklee   dan add friend fb profile saya Ieka Kimieka   
jom sihat dengan Shaklee :-)

Sunday, 9 November 2014

Omega Guard Shaklee

Omega Guard

Asic Lemak Penting yang diperlukan oleh Tubuh Anda

Asid Lemak Omega-3(EPA & DHA) merupakan sejenis asid lemak yang penting dan diperlukan untuk keseluruhan kesihatan manusia. Memandangkan ia tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh, maka kita perlu mendapatkannya melalui diet atau pengambilan suplemen. Asid Lemak Omega-3 sangat penting dalam perkembangan dan fungsi otak yang sihat, juga untuk keseluruhan proses perkembangan dan tumbesaran manusia. Tambahan lagi, asid lemak Omega-3 dapat menyokong kesihatan jantung, mata dan fungsi sendi.

3 Fungsi Utama:
  1. Menyokong Kesihatan Jantung
  2. Menggalakkan Fungsi Otak Yang Sihat
  3. Menyokong Fungsi Sendi Sihat


Menyokong Kesihatan Jantung
Peranan penting asid lemak Omega-3 dalam kesihatan jantung tidak dapat disangkal lagi. Menerusi satu kajian yang belum konklusif menunjukkan bahawa pengambilan EPA dan DHA di dalam asid lemak Omega-3 mampu mengurangkan risiko penyakit jantung termasuk mengekalkan kolesterol baik dan tekanan darah normal.

Menggalakkan Fungsi Otak yang Sihat
Asid Lemak Omega-3 merupakan struktur bagi komponen sel-sel pada sistem saraf pusat dan juga nutrien terpenting bagi perkembangan otak yang sihat. DHA pula merupakan asas asid lemak Omega-3 bagi perkembangan otak, sistem saraf dan mata, terutamanya kepada bayi. Bagi orang dewasa pula, terdapat kajian yang menyatakan minyak ikan mempunyai hubungkaitan dalam meningkatkan daya ingatan, mengingat kisah lampau dan daya tumpuan.

Menyokong Fungsi Sendi Sihat
Asid Lemak Omega-3 juga dapat menyokong dalam kesihatan fungsi sendi dan pergerakan tubuh. Apabila sesendi bergeser, lemak Omega-3 boleh diumpamakan sebagai minyak pelincir bagi membantu mereka bergerak secara bebas.
______________________________________________________

OmegaGuard™
Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 

Ultra Tulen dan Berkualiti Tinggi
Ikan laut dalam kaya dengan Omega-3 namun ia sarat dengan merkuri dan PCB ekoran dari pencemaran laut. Namun, OmegaGuard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari molekul pelbagai peringkat bagi memekatkan asid lemak Omega-3 tulen yang berkhasiat sementara menyinkirkan bahan-bahan berbahaya lain seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan ikan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Korang boleh pm saya kat 0168299592 (sms, whatsapp,)
atau kunjungi   Page saya ikamika shaklee   dan fb profile saya Ieka Kimieka   
jom sihat dengan Shaklee


Thursday, 6 November 2014

Vitamin C Shaklee terbaik


VITA-C...Skrg ramai yang memperkatakan ttg vitamin c.yang mana elok,yang mana tak elok.hmm....so untuk korang yang memilih Vita-C Shaklee,pilihan korang adalah pilihan terbaik...tahniah...:-) So.....apa kata kita kongsi maklumat ttg Vita-C ye....Check it out....


MANFAAT UTAMA VITAMIN C:
·     Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 
·         Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
·         Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
·         Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
·         Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
·         Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

·         Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.





 (dengan Vitamin C yang ada di pasaran)
·         Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
·         Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
·         Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
·         Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
·         Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah
·         Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan.

Siapa perlukan vit c? - perokok, org yg mudah stress sebab stress akan memusnahkan vit c dlm badan, org yg makan pil perancang sebab pil perancang jugak akan serap vit c dan akibatnye vit c akan musnah cepat dlm badan, org yg nak cantik kulit atau yg ade masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan vit c utk membina kolagen kulit yg sihat dan perbaiki tisu kulit, semua org yg inginkan kesihatan yg baik sebab vit c menyokong sistem imun dlm badan dan mengurangkan demam selsema yg berpanjangan..sebab tu dlm family wellness ade termasuk vitamin C antara vitamin yg perlu diambil utk semua org kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi keadaan.

Berminat ke?
contact je saya kat 0168299592 @
pm kat page fb ikamika shaklee
kalau ada branch shaklee terdekat boleh guna ID saya 909602 utk dapat harga ahli.

Monday, 3 November 2014

Krisis Penyembuhan

Salam semua..
Mesti ramai yang pernah mengalami simptom  seperti yang saya akan tunjukkan nanti. Sebenarnya itu semua adalah krisis penyembuhan. Jangan terlalu panic, tapi korang kena bertanya dan maklumkan juga dekat dealer korang tau. Bila kita makan supplement, supplement tu akan bertindak balas dalam badan kita, yang mana dia nak rawat, kalau banyak sangat toksik, memang banyaklah krisis penyembuhan yang akan kita alami. contohnya saya sendiri, masa mula mula mengamalkan supplement, selalu juga berasa loya dan pening. tapi mujur tak lama sangat..hehehe.... yang penting kena minum air kosong yang cukup. disarankan 3L sehari.. nak lebih pun boleh.....:-)







Eczema dan Shaklee




Rawat Ekzema/ Eczema Bayi, Kanak-kanak dan Orang Dewasa dengan Shaklee~ "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Ekzema merupakan salah satu jenis keradangan pada kulit. Ia menyebabkan kulit jadi bersisik, menebal, kering, berubah warna dan seringkali gatal. 

Banyak faktor yang boleh menyebabkan ekzema ni dan bergantung pada individu. Antaranya, alahan pada pemakanan. Mungkin juga disebabkan oleh
 alahan pada minyak wangi, kosmetik, getah, krim/minyak berubat, sesetengah tumbuhan, atau pada barang kemas, silver dan sebagainya.

Sesetengah juga mengalaminya disebabkan oleh alahan pada cahaya matahari dan keadaan cuaca/persekitaran. Tidak terkecuali disebabkan oleh stress.

Selalunya ekzema terjadi pada muka, pelipat lengan, belakang lutut dan sangat gatal. Untuk kanak-kanak, biasanya ia muncul menampakkan diri ketika usia setahun atau 5 tahun pertama. Tetapi ada juga yang mengalaminya sehingga umur remaja dan sampai dewasa. Ekzema akan menyebabkan badan menjadi gatal-gatal dan apabila sentiasa digaru akan meninggalkan parut.

Kebiasaannya bagi penghidap ekzema, doktor akan memberikan ubat sapu yang mengandungi steroid yang tinggi. Tapi jika menggunakannya dalam jangka masa yang lama adalah tidak baik.

Antara produk shaklee yang boleh membantu mengatasi dan merawat masalah ini ialah :

★Meal Shakes Shaklee
-Meal Shakes Shaklee berfungsi membaiki kulit yang rosak kerana Ekzema

★Alfalfa
-Alfalfa sememangnya kita mengetahui adalah Raja bagi segala tumbuhan dan herba. Kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti ekzema.

★Herbal Blend (Multi Purpose Cream)
-Herbal Blend (Multi Purpose Cream) yang mengekalkan kelembapan kulit. Melegakan gatal -gatal dan pedih-pedih. Diperbuat dengan ekstrak herba semulajadi sage, rosemary dan horse chesnut yarrow.

★Vitamin E
-Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat ekzema. Vitamin E juga berfungsi mengelakkan luka dari dijangkiti bakteria. Vitamin E juga bantu pudarkan parut dengan berkesan.

★Omega Guard
-Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel serta mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan. Ianya juga membantu melembapkan dan melembutkan kulit kerana kulit kering menjadikan ekzema semakin teruk.

★Energizing Soy Protein (ESP)
-Bertindak membina sel yang sihat/ membaiki sel yang rosak. Bila ekzema melanda, kulit akan menjadi rosak. ESP membantu menghasilkan kulit yang lebih baik. ESP juga membantu pudarkan parut dengan cepat.



berminat?????...boleh pm saya kat 0168299592 (sms, whatsapp,)
atau kunjungi   Page saya ikamika shaklee   dan fb profile saya Ieka Kimieka