Salam semua... oklah.. aku tak nak buang masa, terus sambung cerita perjalanan kami..hehehe..
27 Mei 2016
0800 Breakfast dan mula meneruskan trip
0930 Tiba di muzium Ambarita. Masuk percuma, cuma bila dah masuk dalam
akan ada local tour guide yang akan bawa dan menerangkan
dari A-Z tentang sejarah batak. kena deal harga dulu. dah ok baru
teruskan. kami kena 100 000 rupiah. kena 20 000 seorang la. seronok
juga dengar sejarah suku kaum diorang ni. boleh bergambar juga k
dalam tu.
1030 Bertolak dari muzium ke Efrata waterfall.Ambil gambar je. Cantikkkk
1130 Singgah makan tengah hari di Pangururan. Rumah Makan Minang Saiyo
1200 Teruskan perjalanan. sepanjang jalan, mata dijamu dengan
pemandangan yang super indah. Sampai satu ketika rasa macam
berada di Switzerland. Subhanallah...memang cantiklaaaa..
1300 Kami tiba di Menara Tele, tiket masuk 2000/pax (inc dalam pakej)
view Efrata Waterfall. serius canti..nanti korang tengok gambar eh.
1345 Dah puas ambil gambar, tengok pemandangan, baru kami gerak
ke hot spring Efrata.
1415 Sampai Hot Spring Efrata, ambil gambar juga. keja ambil gambar je
kitorang ni.heheheh
1515 Gerak balik hotel sebab kami nak mandi manda di tempat kami
menginap.
1630 Sampai hotel, salin baju dan mandi. Oh ya, kitorang naik jetski
cuma 100 000/2 pax. murah giler... memang enjoy la..
2000 makan malam dan berehat, sebab esok kena bangun awal pagi
untuk naik 1st ferry
28 Mei 2016
0610 Bangun, berisap dan check out dan menuju ke jeti feri (Jeti Tomok)
10 min dari Carolina Hotel
0800 Tiba di Jeti Feri Ajibata, Kampung Parapat. ari breakfast dulu
0820 singgah sarapan di rumah makan Minang Gumaran.
Nak bagitaula, sepanjang kami di Medan, semua tempat makan
yang di bawa memang semua sedap.heheh. puas hati sangat.
0925 Gerak dari restoran menuju ke Berastagi
1015 Dalam perjalanan, kami minta berhenti sekejap sebab nampak view
cantik. Pak Ahyar kata itu Tanjung Unta namanya. Akupun turun
cuma untuk ambil gambar. Pak Ahyar layankan je..hehehe
1040 Sampai Simarjarunjung. kami lagi sekali... Waaaahhh, cantiknyaaa
dan terus snap snap snap..hehehe.. dah penat ambil gambar
kami lepak minum, sempat beli cenderahati untuk diri sendiri.
1135 Gerak dari Simarjarunjung
1230 Sampai Air Terjun si Piso Piso. Ambil gambar dari atas je sebab
agak lumayan juga jauhnya kalau nak turun. Hehehe..
1245 Teruskan perjalanan ke Berastagi. Boleh nampak view gunung Sinabung
gunung berapi yang meletus beberapa hari sebelum kami bertolak
ke Medan.
1340 Tiba di area pekan Berastagi. Masa ni baru kami berjumpa dengan
tour guide yang aku deal pakej ni.
1410 Kami Lunch di Panorama resto. fuuhhh sekali lagi.. sedap weiii.
Lepas makan, aku buat full payment pakej kat pak Man Togie.
so, lega sikit dah settle. sebab takut pegang duit banyak2 ni.
1500 Kami Shopping buah buahan macam tak ingat dunia.. murah
giler. Bayangkan kat sana mangga harum manis cuma dalam
lebih kurang RM10 je sekilo. Kat perlis dekat RM40 kot...
makanla puas puas..hahahaha...
1600 Tiba di Lumbini untuk petik buah, tapi tak jadi sebab berdebu, kesan
daripada gunung sinabung yang meletus tu. jadi kami teruskan
perjalanan ke Hot Spring Sidebuk debuk, Gunung Sibayak.
masa sampai tu, nampak asap dari gunung berapi Sibayak tu
Macam scary pun ada, tapi terjun juga kami ke Hot Spring Tu.
Bestnya la...macam tak nak balik je.. hahaha...
1815 Gerak pergi makan Malam. Ala..lupa pulak mau save nama restoran.
1945 Cek In Green Garden Hotel. Cantik siot hotelnya....Hehehe..
Berehat setelah kepenatan....
29 Mei 2016
0700 Breakfast di hotel.
0815 Check Out
1000 Sampai Kilang borong telekung. Tapi tak memborong pun. Hehehe
1130 Sampai Pasar Ikan. Nama je pasar ikan, tapi bukan jual ikan pun.
sini tempat borong macam macam. deal harga je la.. tapi kami tengok
tengok jak. Tak shopping Pun. Shopping yang berkenaan jak.
1230 Gerak makan tengah hari ke Ayam penyet Jakarta.
1330 Gerak ke Maimon Palace
1345 Sampai Maimon Palace
1430 Menuju ke Medan Mall
1700 Gerak dari Medan mall ke Hotel
1715 Check in Hotel Grand Kanaya
30 Mei 2016
0900 Check Out dan menuju ke Airport
1015 Sampai Airport
1340 Depart Kuala Namu ke Kuala Lumpur.
Dah habis..hehehe.. apa pun perjalanan kami kali ni memang awsome..
Pak Supir iaitu Pak Ahyar baik hati orangnya...
Pak Man Togie pun best.. korang boleh Add Togie Man di Fb Kalau nak guna dia.
kawtim sampai jadi..hehehe..
okla korang.. sampai sini je al kisah aku.. jemput tengok gambar gambar di bawah..
Posing depan bilik di Carolina Hotel, Samosir Island |
Buka pintu bilik nampak ni..hehehe..cantiknya view lake Toba |
Berhenti kejap ditepi jalan sebab view ni cantik. |
Kusyuk dengar penjelasan..hihihi |
Beliaulah Local tour guide kami |
Tempat tu adalah tempat orang kena tuduh di penjara semasa mahkamah sedang bersidang |
Raja menyaksikan hukuman kepada pesalah |
sebelum teruskan perjalanan posing lagi.. |
Gambar ni di ambil di hadapan Rumah Makan RM Minang Saiyo, Pangururan. |
Menu makan kami di RM Minang Saiyo.. simple tapi menyelarakan |
masa ni kami berada di Menara Tele, View Efrata Waterfall |
Dulu suka tengok lukisan macam ni. Tak sangka dapat tengok secara Realiti.. Subhanallah |
Dannial sanggup memanjat Batu tu semata mata nak ambil gambar sensorang |
Lagi aksi loncatan.. |
tengok gambar ni buat aku tak habis tergelak..aksi tak menjadi sebenarnya..hihihi |
Dua beradik ni jugakla yang behave..hihihi |
Siapa yang tak terpegun tengok view indah macam tu |
Kusyuk akak sorang ni tengok peta tu.. hehehe |
Melompat di Menara Tele |
Lepas puas mengambil gambar di menara Tele, kami menuju ke Hot spring Efrata pulak... jom tengok.. kami tak masuk hot spring tu, sebab masa tu pun tengah panas. Takkan nak mandi tengah panas terik kan..hehehe... so kami ambil gambar je la.. jom layan...
serius kuat bau Belerang..(orang KL panggil apa eh)heheheh |
Sampai ke situ di panjatnya... Aduyaiiii... |
Kawasan banyak batu pun masih berani mau melompat..Mujur tak terkehel..Alhamdulillah.. |
Ni lagi sorang, sanggup mendaki sebab nak capai yang warna kuning tu |
memanjat berani, Bila nak turun tau takut..hahahaha |
Haaaaa...lepas dari sini, kami balik ke Hotel sebab nak mandi mandi pulak.. hehehe
muka pucat...sebab kecut naik jetski... |
Gambar sekitar 28 Mei 2016
Inilah van kami... |
dalam feri |
sinila tempat aku minta stop, view Tanjung Unta |
di bawah ni gambar kami di samarjarunjung...
Gambar di bawah ni pula sekitar di Air terjun si Piso Piso.. jauh nak turun ke bawah...heheheh
Di bawah ni gambar kitorang di sekitar pekan Berastagi untuk shopping buah dan seterusnya pergi mandi mandi di hot spring si debuk debuk. view gunung berapi yang berasap.. fuhhh...
Alpukat Juice di Restoran Panorama Resto ni memang terbaikkkk |
shopping buah |
Gunung Berapi Sibayak |
lumayan juga panasnya..nama pun hot spring..heheheh |
Gambar gambar di bawah ni pada tarikh 29 Mei 2016..jemput tengok ye..
Hotel Green Garden, Berastagi |
Bergambar Dengan Pak Ahyar, pandai beliau melayan kanak-kanak.. |
Sempat juga bergambar dengan kereta angkut ni.. |
Yeayyyyy.... Finally habis juga cerita dan gambar gambar di upload.. sebenarnya banyaaaakkk lagi gambar.. yang ni pun dah cukup banyak kan.. hihihi.. sorry la kalau korang bosan.. apapun terima kasih sudi layan blog saya ni.. dan minta komen di bawah sekiranya korang berjaya baca sampai habis... Terima Kasih kepada semua follower yang di sayang...Sampai jumpa lagi.....Assalamualaikum...
kembali ke Part 1
kembali ke Part 1