Lama dah Tak update blog.. maksudnya dah lama tak berjalan..heheheh... Baru-baru ni aku dan kawan aku..Farah dan Ema g melawat Jepun... hehehe.. 1st time ke sana... jadi iti agak huru hara sikit... oklah.. aku share perjalanan kami sepanjang di sana ya.. jemput baca...:-)
2 Mac
1440 Depart
2205 Sampai Tokyo, suhu 8 darjah. tidur di Airport.
3 Mac
5.30 Bangun bersiap. Beli metro pass
1 day metro pass (1) (metro + Toei Line) = 800 yen
3 day metro pass (1) ( metro + Toei Line ) = 1500 yen
Beli Suica Card 2000 yen
07.30 Naik Train menuju ke Hostel ( Keikyu-kuko Line)
Turun Ningyocho, Tukar Train Hibiya Line & Turun Kita Senju.
Tunggu Train Tobu Skytree line dan turun Nishiarai Station.
Hostel tu boleh nampak dari stesen Nishiarai. keluar stesen, nampak Aeon,
Kat Belakang Aeon tu Hostel Kami.
0900 Sampai Emblem Hostel. Tak boleh cek in lagi. tapi boleh drop bag. dan
baiknya, diorg bagi kami breakfast pagi2 tu.. hehehe..rezeki..
disebabkan tak boleh masuk bilik, kami pun keluarla berjalan jalan selepas
breakfast.
1000 Kami menuju ke Akihabara. Guna Suica card, turun kita senju.
Tukar ke Hibiya Line guna Metro pass dan turun di Akihabara
( yang ni kami terpaksa swipe suica out, pastu swipe metro pass in,
sebab...kita senju - Nishiarai - Kita senju , x boleh guna metro pass.
** next time cari penginapan yang metro pass bole cover.. :-)
Di Akihabara, kami cuci mata je.. tengok jam, handphone. casing,
harga menarik, tapi sebab baru sampai.so jimatkan duit dulu..
1200 Menuju ke Tokyo Dome,
Naik tren dari Iwamotocho station ( shinjuku line S08)
turun Awajicho S07,
**(kena jalan sikit kalau nak cari Iwamotocho station ni,
tengok peta yang ada di area sana, kitorg pandai blur gak..hahaha
okay.. dah sampai Awajicho, tukar ke Marunouchi line M19
dan turun di Korakuen M22.
1230 Sampai Tokyo Dome City. terpegun seketika tengok Roller Coaster..
Tapi... Haip.. jimattt ( Budget x termasuk main kat sini...hihi)
1400 Gerak ke hostel, sebab mata ngantuk dah... x cukup tido.
Naik melalui Kasuge Station, Oedo Line E07 turun kat
ueno- okachimachi E09, Tukar Line Hibiya turun Kita Senju.
swipe out metro pass. dan swipe in suica card, dan tunggu
tobu skytree line turun Nishiarai.
1545 masuk bilik dan tido....bangun jam 7 malam. hehehe.. jalan jalan
kat Aeon.
4 Mac ( DISNEY SEA)
0545 Bangun Bersiap dan breakfast kat hostel.
0715 Gerak ke stesen, Top up suica 1000 yen
( harini kami guna sepenuhnya Suica card)
Naik Tobu skytree line, sampai kita senju tak perlu turun,
sbb x guna metro pass. Train tu bertukar nama ke Hibiya Line.
turun Kat Hatchobori, Tukar train Jr Keiyu Line turun Maihama.
0830 Sampai Maihama Station, Naik Disney Resort Train.
(Comelnya Train....waaaaa... excited macam budak..hehehe)
0845 Sampai Disney Sea. Adoiiii... Ramainya manusia.. frust seketika.
padahal masa beli tiket online, dah cek juga samada cuti sek atau
public holiday japan. takde plak.. elok je warna hijau dalam kalendar.
huhuhu... move on je laaa...
tiket Disney sea 6900 yen , tukaran masa beli ritu = RM270. Beli Online.
2030 Gerak Balik. Tokyo disney Train ke Maihama station. Sampai Maihama
tukar ke Jr Keiyu line, turun Hatchobori, tukar ke Hibiya Line,
Turun Nishiarai.
2130 Sampai Hostel....
5 Mac ( VIEW MOUNT FUJI)
0830 Nishiarai - Akihabara ( cara train sama macam sebelum ni)
sampai Akihabara beli 1 day pass 600 yen ( silap beli, patut ambil
metro line + toei line) tapi kami ambil metro line je. huhu)
Naik Hibiya Line menuju ke Ginza, Tukar ke Marunuochi Line
turun Shinjuku.
0930 sampai shinjuku, cari kaunter stesen bas Highway. kami silap jalan,
patah balik, dah rasa tak jumpa, baru cari orang bertanya.
Jangan risau, orang sana suka tolong orang2 yang suka hilang arah
macam kami..hahahaha..
1000 baru sampai stesen Bas Highway. depan Yudobashi.com.
tunjuk reservation ticket ( buat reservation sebelum terbang ke jepun)
dan bayar di kaunter. Kami pilih untuk turun di Kawaguchiko station.
sehala 1750 yen. kami beli return. Lepas dah bayar, kami tunggu
di waiting area
1110 Bas bertolak, kena ada 10 min sebelum bertolak. tiket jangan bagi hilang
sbb nnt driver nak ambil bila dah sampai destinasi.
1300 Sampai Kawaguchiko stn. pegi information kaunter dan tanya mana
port best utk view best mount fuji. staff kata kalau bernasib baik,
akan nampak di bla bla bla...
1330 dicadangkan naik Bas Redline turun kat Kozantei Ubuya 290yen.
1348 Sampai... dan hasilnya... hanya dapat melihat awan... Huwaaaaaaa
frust... sampai tak tercatit nota perjalanan balik Ke Hostel... huhuhu..
Dari Kozantei Ubuya tu kami membawa diri berjalan kaki ke
stesen Kawaguchiko, tempat titik mula kami... sambil berjalan kaki,
dapatla melihat pemandangan, Subhanallah..cantik...
kami punya Bas dari Kawaguchiko stn ke Shunjuku jam 5ptg.
2200 Sampai Hostel.....
6 Mac ( HARAJUKU & SHIBUYA)
1000 Keluar Hostel, harini plan nak jalan santai je. sebab tu lewat sikit
Top Up suica 1000 yen, naik tobu skytree line No 5, turun kita senju,
swipe suica. pastu baru mula harini guna 3 day metro pass. Tukar
Line Chiyoda ke Meiji Jingumae Harajuku, Exit 3.
1115 Sampai Harajuku. kat sini memang super happening, ramai giler
manusia... hunting orang orang yang berpakaian pelik, tapi tak jumpa.
memang cuci mata je area sini, barang semua comel2, nak shopping
barang branded pun area sini jugak.. banyak habis masa kat sini je.
1710 sampai shibuya naik fukuyoshin line. dekat je dengan harajuku.
tapi lupa nak catit. huhu... lepak kat starbucks dan terpegun tengok
keramaian..
2045 Sampai Hostel.
7 Mac ( Akihabara, Asakusa, Tokyo Sky Tree Tower)
0950 Keluar Hostel
1030 Sampai Akihabara, Yudobashi camera.
sesi mencari barang untuk diri sendiri dan anak anak. teruja tengok
patung2 ultraman dan hello kitty..
1230 sesi mencari Tokyo Anime center. di Akihabara juga
Tempat ni memang pusat Anime. teruja tengok..hahahaha
1430 Menuju ke Asakusa, naik hibiya line turun Naka Okachimachi,
tukar ke Ginza menuju Asakusa.
1450 sampai Asakusa, Exit 1 untuk ke Sensoji Temple.
cuci mata tengok souvenir..lumayan juga harga..
harini baru kami makan di luar.. sesat mencari.nasib baik jumpa.
makan Mee sup ayam goreng 3 ketul = 1000 yen (FUHH)
1832 Naik Asakusa line turun Oshiage
1840 Sampai Tokyo Sky Tree Tower.
2015 Gerak balik Hostel.
2100 Sampai Hostel
8 Mac
1015 Cek Out
1030 Gerak Ke Sengakuji Station simpan Backpack. Iaitu...
Dari hostel Nishiarai turun kita senju, swipe suica out, In metro pass
naik Hibiya line turun Ningyocho. Tukar ke Line Asakusa turun
Sengakuji. Dari exit 3 berjalan sampai ke exit 2 baru ada locker
simpan bag. Lepas tu Naik Asakusa line 3-4 turun shimbashi..
tukar line Yurikamome.
1300 Sampai Odaiba .
*** Rupanya kat Odaiba ni ada Locker tempat simpan bag jugakkk
frust lagi... hahahha... penat turun naik tren, bejalan kaki dari
exit 3 ke exit 2.. smpai Odaiba.. kami bertiga berpandang antara
satu sama lain..lepas tu.. KETAWA..HAHAHAHAHAHA...
Hari last di Jepun, duit pun ada sikit lagi..kena lagi kami telah
menggunakan banyak tenaga, jadi kami pun cari makan,
kami makan di restoran Surabaya, di Odaiba Aqua city mall.
Aku order mee goreng biasa 1000 yen = RM 37.00 ( FUHH)
makan sampai licin...hahahah..
1915 sampai Airport.... sebelum naik kapal, basuh apa yang patut
paling penting, cuci kaki, dan tukar stoking.. hehehe.. nanti tido
nak buka kasut...
Total Kerugian Aku.. RM 3500
Termasuk :-
Tiket flight
penginapan
Transport
Tiket Bas pergi balik Kawaguchiko Lake
Tiket Masuk disney sea
Makan
Souvenir
Shopping 2 Pasang Jam Gshock
shopping barang2 ultraman dan hello kitty
Haaaaaa..... itulah Iti ringkas kami sepanjang Di Jepun..banyak kelemahan
sebab 1st time. untuk next time..Kalau ada rezeki untuk sampai ke Jepun Lagi..
kami akan :-
** mencari hotel yang di cover oleh metro pass & Toei line.
** Beli 2 kad 3 day metro pass.
Oklah korang.... itu saja yang aku nak share kan.. di bawah ni semua gambar2
kami semasa di sana.. banyaaaaaakkk ok.. hahahah... tak nak tengok takpe...
apapun.. thanks sudi membaca....:-)
mengharapkan banyak kosong quiet zone ni...Rupanya penuh..:-( |
candid dr penjaga |
Rasa nak naik roller coster tu.... |
cuci mata tengok Jam |
4 Mac.. Disney sea
Kesejukan tahap Gaban |
5 mac
di Tutup Awan.....Huhuhu :-( |
HAHAHAHAHA... AKU ENTERPREMMMM |
6 MAC
SHIBUYA CROSS ROAD |
Mesin ni ada Di mana mana..hehehe |
Laluan Bawah Tanah Shibuya pun sibuk juga.....Kagum |
7 MAC
SENSOJI TEMPLE..PINTU MASUK |
Sebelum |
Selepas...heheheh |
Tokyo Sky Tree Tower |
Jumpa dah kedai Ultraman...:-) |
8 Mac
Sementara menunggu Kauter cek in di buka |
Rehatkan kaki sambil cas hp |
surprise untuk my little Hero dan Heroin |
Yeayyyy.... Finally Habis dah gambar2 yang aku kongsikan....
ada sesiapa yang berjaya habiskan sampai ke Gambar terakhir?? cepat komen..hihihi..
Apapun terima kasih banyak banyak kerana sudi melayan blog aku yang super kampungan ni... apa jenis iklan pun tadak...hehehe...
sorry ye kalau korang boring..
oh ya... kalau ada pertanyaan... tanya je.. nak direct ke fb pun boleh.. Ieka kimieka
nak whatsapp pun boleh 0168299592