Tuesday, 27 March 2018

Trip Jakarta dan Bandung

Trip to JAKARTA & BANDUNG

Assalamualaikum & selamat sejahtera buat pembaca sekalian. Thanks sudi jenguk blog saya ni.

Dah lama tak update kan. Hehehe, bukan apa korang, sebenarnya saya ada 1 lagi blog iaitu Ikasukmayati.com

Haaa, entry kalini nak share tentang trip saya bersama 2 orang kakak saya ke Jakarta dan Bandung.  1st time ni travel ke luar negara dengan adik beradik. Excited pun jadi lain macam. Hahahaa.

Travel kalini walaupun dengan partner yang berbeza tapi kami berbahagi tugas. Kakak saya buat pembelian tiket flight.
Kakak sorang lagi pembelian tiket train.
Dan saya buat itinerary, Booking hotel dan buat kira-kira (bandung saya guna khidmat supir, Jakarta pula urus sendiri).

Kakak saya terpaksa beli tiket kapal dari Tawau - KL. Sebab kami sama-sama terbang dari KL - Jakarta.

Kami bertolak pada 18 Mac 2018 menaiki Penerbangan MH 0713.

Mesti ramai yang dah tahu kan bahawa waktu di Indonesia adalh berbeza sejam daei Malaysia. Indonesia kira lewat sejam dari Malaysia.

Kami sampai epot jakarta lebih kurang Jam 08.35. Proses pemeriksaan imigresen dan bea cukai (kastam) pun dipermudahkan. Dah sampai arrival hall, kakak kata nak beli simkad. So saya pun tunggu sambil jaga begz, sementara diorg beli simkad. Oh ya, trip kalini saya guna flexiroaming.
Dah settle kakak beli simkad, kami keluar mencari transport ke stesen keretapi Gambir. Ada beberapa cara nak ke stesen gambir, samada dengan taxi ataupun bas. Kami memilih untuk pergi dengan bas. Bolehla tengok pemandangan..sebab bas tinggi. Heheheh

Keluar je kat arrival tu. Ikut arah kiri dan terus je sampai nampak bas shelter. Nanti ada tulis Damri. Beli tiket di kaunter.
Rate masa kami pergi ni Rp40,000
Best tau bas ni. Kalau nak simpan luggage, dia akan bagi tag number. Lepas tu bas aircond. Ada wifi. Tempat cas pun ada.cuma kena pakai travel adapter la.

Dah sampai stesen gambir, diorang akan bagitau. Turun dari bas, cari tempat cek in kiosk. Memang mudah sangat nak cek in. Cuma scan bar code yang korang dah print. Sebab tiket train ni kakak dah beli online. Lepas tu print voucer tiket tu. Kat voucer tu ada barcode. Scan barcode tu. Nnt keluarlah list nama penumpang.
Select all, lepas tu korang klik cek in dan print boarding pass. Senang gilaaaaa.

Dah settle print boarding pass, barulah kitorg g cari makan tengah hari. Makan area stesen juga. Kitorang mkn kat bugis kopitiam. Lepak situ je la sementara nak tunggu zohor.


19mac.
Jam 8 bertolak dr hotel. Destinasi pertama Farm House. Jam 9 baru farm house buka.
Tiket masuk 25000/pax. Tiket kereta 10 000. Parking supir bayar.

Selepas tu ke tangkuban perahu
200000 sebab weekdays. Kalau weekend 300000. Tapi tu la agak rimas sebab di ikut oleh peniaga local. Kita nak menikmati keindahan. Tapi asyik jak di ikut diorg. X tenang dibuatnya.
Lepas dari tu terus ke the lodge sbb tengok macam nak hujan. Risau nanti x dapat masuk. Sbb diorg kata best tempat tu.

Tiket masuk 30 000, itu tiket masuk je tau. Sebab dekat dalam banyak port menarik untuk di buat photoshoot yang mana setiap port tu kena bayar antara 20 000 - 25000 rupiah.
Alaaa, kira murah juga la berbanding harga di malaysia kan. Hihihi.

Lepas dah puas2 bergambar, nanti boleh la ke kaunter pengambilan gambar. Haa, kat sini boleh pilih gambar
Banyak juga gambar.cuma kos untuk 1 gambar 10 000 rupiah. Yang bestnya diorang tidak print.

Diorang canggih la.. bila dah pilih gambar, diorg akan send gambar dekat aplikasi share it. Kena download siap-siap kalau belum ada dalam handphone.

Mudah saja urusan pilih gambar tu. Hehehe
Harap info ni dapat membantu korang yang nak pegi The Lodge.

Lepas je dari the lodge tu, kami minta bawak ke pasar baru, nak cuci mata kot-kot ada berkenan bolehla shopping. Hehehe. Tapi sebelum ke pasar baru, kami minta nak singgah lunch sebab tak lunch lagi. Jam pun dah pukul 3ptg. Last makan jam 7 pagi. Haaaa... memang kelaparan la.

Kami makan di bakso samer.... memang sedapla bakso di bandung ni. Lepas makan tu terus ke pasar baru. Fuhhhh..memang rambang mata sampai x tahu nak beli apa. Last last ieka juma pisang salai cheese. Itu je la ieka beli. Lepas tu baru jumpa kain baju. Itupun beli sepasang je. Hehehehe. Yela, pegi bukan niat nak shopping pun. Lagipun trip budget kan. Hehehhe

Lepas dari tu kami ke heritage. Heritage ni tempat shopping barang branded la rasanya. Semua mahal, jadinya selamatlah duit ieka.sebab Ieka memang tak beli di tempat mahal. Hahahaha.
Lepas dari situ baru balik hotel. Sebab ada kawan ajak dinner sama-sama. Kawan Ieka ni kami berkenalan masa Ieka dan suami ke Korea. Heheheh.. terus berkawan sampai sekarang. Bila mereka tahu yang saya ingin Bandung, memang kami sama-sama excited nak berjumpa. Bestnya dapat jumpa mereka lagi.
Mereka bawa kami lepak di the Parlour, dan lepas tu bawak pusing2 bandar Bandung. Tak boleh nak turun sebab hujan. Huhuhu. Lepas pusing, diorang pun hantar kami balik ke Hotel Geary.

Keesokan pagi kena bangun awal sebab train jam 08.30. Mujur hotel Geary tu betul-betul berhadapan dengan Bandung Station. Nak print boarding pass sangatlah mudah. Jangan risau sebab ada kiosk.

Lepastu bermulalah trip kami di Jakarta. Di Jakarta ni tak banyak sangat yang boleh cerita. Sebab transport kami guna grab car.cuma sekali je guna Bajai. Kami menginap di Millennium Sirih Hotel. Berdekatan dengan Tanah Abang. Konon nak shopping la.hehehehe.. okla korang. Jemput tengokla segala macam gambar-gambar sepanjang berada di sana


































































































1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...