Thursday 4 December 2014

shaklee dan kesihatan

Banyak punca kepada ketidaksuburan suami isteri.
Hormon tidak stabil, berat badan berlebihan stress, pemakanan harian, pendedahan bahan kimia, cyst dan lain lain,

Jangan kata masalah tidak subur ini pada isteri sahaja.
Suami pun sama je, merokok berlebihan, lagi lagi golongan lelaki sekarang ni
Suka pakai seluar ketat2..

Isteri perlukan GLA, B complex & ESP
Suami perlukan Vitamin E, zinc dan paling utama CoQ health

Gla membantu mengeluarkan toksik atau penyakit yang ada dlm bdn Yg selama ini tersembunyi.. cnthnya cyst..
Ini kerana ada  pengguna yg membuta tuli menyalahkan GLA complex  setelah kurang 3 bulan penggunaan, setelah rujuk doktor, mengatakan terdapat cyst sebesar 9cm.. sesuatu yg tdk masuk akal krn cyst mengambil masa lebih dari itu utk membesar.. ini kerana, gla membantu utk membuang toksik dlm bdn.. dlm tidak sedar, cyst yg selama ini ada dlm bdn pengguna tersebut dpt dikesan dgn cepat sebelum membesar berkali ganda..

Berdasarkan 1 lagi pengakuan seorg teman, beliau menyatakan klinik ditempat beliau berkerja menggunakan supplemen shaklee utk diberikan kepada pesakit2 yang dtg ke klinik tersebut..

Apapun rezeki di tangan Tuhan, kita cuma perlu berusaha dan bertawakal..
Jangan berputus asa..

Ini bukan ubat ubatan, tapi supplemen tambahan utk kelengkapan keperluan dalam badan, berikutan cara hidup sekarang yang sangat moden dan sibuk.semuanya fast food & makanan yang diawet...

Bnyak sgt dah ditaip..
"Kita adalah apa yang kita makan"

Kalau kita makan banyak sgt fast food, risiko utk mendapat penyakit mmg ada.
Sebab tu orang tua dulu dulu boleh sihat tanpa penyakit serius kerana mereka mengamalkan pemakanan secara semulajadi. Tanaman sayur Tak guna racun serangga, haiwan ternakan bebas suntikan hormon..

Oleh sebab ittu zaman sekarang, supplement sgt penting dlm kehidupan seharian.. walaupun kita tidak tahu ajal kita bila dan harus menerima qada dan qadar,tapi kita sebagai mahluk Allah perlu berusaha dan bertawakal kepada-Nya.

Bila kita sihat, nak beribadah pun senang..
Bukan nnt umur belum smpi 40, dah jalan terbongkok sbb kekurangan kalsium, menghidap penyakit yang tidak diingini spt darah tinggi, gout, kencing manis.dan sbgnya..

Semoga pembaca semua dijauhkan dari penyakit seperti itu...
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan..
Jadikan supplement sbg vitamin tambahan anda..

Hubungi ika
0168299592 utk order..

Artikel adalah dtg dari hati saya yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan seluruh keluarga.semoga dijauhkan dr benda2 yg tdk baik.. Amin...

Saturday 29 November 2014

Muslim Homestay UUC Telipok, Kota Kinabalu

Salam semua.... haaa... sebelum ni aku ada cerita tentang muslim homestay di jalan sulaman, kota kinabalu..
Sekarang ni aku nak cerita tentang homestay yang terletak di University Utama Condo (UUC),

Homestay ini terletak di

Jalan Kayu Madan,
88450, Telipok
Kota Kinabalu,
Sabah

Apa yang bestnya bila korang menginap di sini..
Homestay ini akan membuatkan korang berasa berada di rumah sendiri...sebabnyaaaa ada

* full furniture
* mesin basuh
* peralatan memasak
* meja makan
* peti ais
* wifi
* smart home alarm
* camera di hadapan pintu
* Astro
* Barang barang elektrik
* Gym
* outdoor swimming pool

Untuk makluman korang, UUC tidak mempunyai lift ye....

Selain itu, untuk korang yang nak menginap di UUC perkhidmatan kereta sewa Alza auto disediakan..
Bestkan... tak payah pening nak cari kereta sewa...

So nak tau rate homestay di UUC ni ke?
Normal Rate RM 170
Peak Rate RM 190

kena bayar 2 jenis Deposit Tau

1 ) Deposit satu (1)Malam Untuk Lock Booking ( Bayar melalui Transfer ke akaun)

2 ) Deposit RM50 semasa cek in, dan akan dikembalikan semasa cek out ( deposit ni utk access
     kunci homestay dan kad swimming pool & gym. sekiranya hilang, deposit tidak akan
     dikembalikan)


Add on pakej kereta sewa Alza (A)
Rm100 /day (fised price)

Harga homestay masih boleh runding, terutama kalau korang nak stay lama..

Untuk pertanyaan boleh hubungi
Ika +60168299592 (Whatsapp)

Tempahan awal sangat digalakkan untuk mengelakkan kekecewaan melanda korang.. wakakak....

So... mari kita layan photo2 homestay UUC ini....
( HARAP MAAF...buat masa ni tak dapat nak upload gambar. kalau nak tengok gambar homestay boleh whatsapp saya ye. segala kesulitan amatlah dikesali.)








Tuesday 18 November 2014

omega guard shaklee

Antara manfaat yang boleh didapati daripada minyak ikan Omega Guard ini ialah:
  1. Sangat bagus untuk perkembangan minda dan otak. Khasiat DHA yang terkandung dalam Omega Guard dapat dinikmati oleh bayi sejak dalam kandungan lagi jika ibu-ibu mengambilnya sewaktu mengandung. Ia kemudian dapat diteruskan menerusi penyusuan susu ibu jika ibu menyusu mengambilnya. Apabila mencecah umur satu tahun, Omega Guard boleh dicampurkan ke dalam susu atau makanan kanak-kanak atau sekiranya dia pandai menguyah, dia boleh mengunyahnya.
  2. Baik untuk perkembangan memori dan fokus. Omega Guard adalah supplement yang sangat sesuai untuk orang yang mudah lupa atau hilang fokus kerana ia membantu dalam meningkatkan daya ingatan kita.
  3. Menyokong kesihatan kardiovaskular. Asid lemak Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan asid lemak yang penting dalam membantu memastikan jantung, arteri dan salur darah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan tidak tersumbat. Omega Guard membantu merendahkan paras trigliserida dalam badan lalu merendahkan risiko daripada terkena penyakit jantung ataupun stroke.
  4. Mengawal paras kolestrol. Omega Guard juga bertindak untuk melawan kolestrol jahat (LDL). Ia akan mengurangkan kandungan kolestrol jahat dalam darah dan meningkatkan bilangan kolestrol baik.
  5. Mengurangkan sakit sendi. Salah satu manfaat Omega Guard ialah ia juga bersifat anti-radang. Banyak kajian menunjukkan supplemen minyak ikan (EPA+DHA) amat bermanfaat dalam mengurangkan kebas dan keradangan pada sendi dan seterusnya membantu dalam merawat rheumatoid arthritis.
  6. Mengurangkan gejala asthma. Memandangkan Omega 3 amat baik untuk melawan radang, maka pengambilan minyak ikan Omega Guard dapat membantu mengurangkan gejala selsema, asthma ataupun radang paru-paru.
  7. Menguraikan lemak. Omega Guard mencegah pengumpulan lemak pada badan dan seterusnya mengelakkan masalah obesiti.
  8. Memelihara kesihatan kulit. Omega Guard dapat membantu melicinkan kulit dan membantu memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis dan lain-lain.
berminat?
 pm saya kat 0168299592 (sms, whatsapp,)
atau kunjungi   Page saya ikamika shaklee   dan add friend fb profile saya Ieka Kimieka   
jom sihat dengan Shaklee :-)

Sunday 9 November 2014

Omega Guard Shaklee

Omega Guard

Asic Lemak Penting yang diperlukan oleh Tubuh Anda

Asid Lemak Omega-3(EPA & DHA) merupakan sejenis asid lemak yang penting dan diperlukan untuk keseluruhan kesihatan manusia. Memandangkan ia tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh, maka kita perlu mendapatkannya melalui diet atau pengambilan suplemen. Asid Lemak Omega-3 sangat penting dalam perkembangan dan fungsi otak yang sihat, juga untuk keseluruhan proses perkembangan dan tumbesaran manusia. Tambahan lagi, asid lemak Omega-3 dapat menyokong kesihatan jantung, mata dan fungsi sendi.

3 Fungsi Utama:
  1. Menyokong Kesihatan Jantung
  2. Menggalakkan Fungsi Otak Yang Sihat
  3. Menyokong Fungsi Sendi Sihat


Menyokong Kesihatan Jantung
Peranan penting asid lemak Omega-3 dalam kesihatan jantung tidak dapat disangkal lagi. Menerusi satu kajian yang belum konklusif menunjukkan bahawa pengambilan EPA dan DHA di dalam asid lemak Omega-3 mampu mengurangkan risiko penyakit jantung termasuk mengekalkan kolesterol baik dan tekanan darah normal.

Menggalakkan Fungsi Otak yang Sihat
Asid Lemak Omega-3 merupakan struktur bagi komponen sel-sel pada sistem saraf pusat dan juga nutrien terpenting bagi perkembangan otak yang sihat. DHA pula merupakan asas asid lemak Omega-3 bagi perkembangan otak, sistem saraf dan mata, terutamanya kepada bayi. Bagi orang dewasa pula, terdapat kajian yang menyatakan minyak ikan mempunyai hubungkaitan dalam meningkatkan daya ingatan, mengingat kisah lampau dan daya tumpuan.

Menyokong Fungsi Sendi Sihat
Asid Lemak Omega-3 juga dapat menyokong dalam kesihatan fungsi sendi dan pergerakan tubuh. Apabila sesendi bergeser, lemak Omega-3 boleh diumpamakan sebagai minyak pelincir bagi membantu mereka bergerak secara bebas.
______________________________________________________

OmegaGuard™
Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 

Ultra Tulen dan Berkualiti Tinggi
Ikan laut dalam kaya dengan Omega-3 namun ia sarat dengan merkuri dan PCB ekoran dari pencemaran laut. Namun, OmegaGuard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari molekul pelbagai peringkat bagi memekatkan asid lemak Omega-3 tulen yang berkhasiat sementara menyinkirkan bahan-bahan berbahaya lain seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan ikan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Korang boleh pm saya kat 0168299592 (sms, whatsapp,)
atau kunjungi   Page saya ikamika shaklee   dan fb profile saya Ieka Kimieka   
jom sihat dengan Shaklee


Thursday 6 November 2014

Vitamin C Shaklee terbaik


VITA-C...Skrg ramai yang memperkatakan ttg vitamin c.yang mana elok,yang mana tak elok.hmm....so untuk korang yang memilih Vita-C Shaklee,pilihan korang adalah pilihan terbaik...tahniah...:-) So.....apa kata kita kongsi maklumat ttg Vita-C ye....Check it out....


MANFAAT UTAMA VITAMIN C:
·     Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 
·         Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
·         Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
·         Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
·         Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
·         Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

·         Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.





 (dengan Vitamin C yang ada di pasaran)
·         Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
·         Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
·         Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
·         Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
·         Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah
·         Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan.

Siapa perlukan vit c? - perokok, org yg mudah stress sebab stress akan memusnahkan vit c dlm badan, org yg makan pil perancang sebab pil perancang jugak akan serap vit c dan akibatnye vit c akan musnah cepat dlm badan, org yg nak cantik kulit atau yg ade masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan vit c utk membina kolagen kulit yg sihat dan perbaiki tisu kulit, semua org yg inginkan kesihatan yg baik sebab vit c menyokong sistem imun dlm badan dan mengurangkan demam selsema yg berpanjangan..sebab tu dlm family wellness ade termasuk vitamin C antara vitamin yg perlu diambil utk semua org kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi keadaan.

Berminat ke?
contact je saya kat 0168299592 @
pm kat page fb ikamika shaklee
kalau ada branch shaklee terdekat boleh guna ID saya 909602 utk dapat harga ahli.

Monday 3 November 2014

Krisis Penyembuhan

Salam semua..
Mesti ramai yang pernah mengalami simptom  seperti yang saya akan tunjukkan nanti. Sebenarnya itu semua adalah krisis penyembuhan. Jangan terlalu panic, tapi korang kena bertanya dan maklumkan juga dekat dealer korang tau. Bila kita makan supplement, supplement tu akan bertindak balas dalam badan kita, yang mana dia nak rawat, kalau banyak sangat toksik, memang banyaklah krisis penyembuhan yang akan kita alami. contohnya saya sendiri, masa mula mula mengamalkan supplement, selalu juga berasa loya dan pening. tapi mujur tak lama sangat..hehehe.... yang penting kena minum air kosong yang cukup. disarankan 3L sehari.. nak lebih pun boleh.....:-)







Eczema dan Shaklee




Rawat Ekzema/ Eczema Bayi, Kanak-kanak dan Orang Dewasa dengan Shaklee~ "Langkah Bijak Untuk Nutrisi Yang Baik"

Ekzema merupakan salah satu jenis keradangan pada kulit. Ia menyebabkan kulit jadi bersisik, menebal, kering, berubah warna dan seringkali gatal. 

Banyak faktor yang boleh menyebabkan ekzema ni dan bergantung pada individu. Antaranya, alahan pada pemakanan. Mungkin juga disebabkan oleh
 alahan pada minyak wangi, kosmetik, getah, krim/minyak berubat, sesetengah tumbuhan, atau pada barang kemas, silver dan sebagainya.

Sesetengah juga mengalaminya disebabkan oleh alahan pada cahaya matahari dan keadaan cuaca/persekitaran. Tidak terkecuali disebabkan oleh stress.

Selalunya ekzema terjadi pada muka, pelipat lengan, belakang lutut dan sangat gatal. Untuk kanak-kanak, biasanya ia muncul menampakkan diri ketika usia setahun atau 5 tahun pertama. Tetapi ada juga yang mengalaminya sehingga umur remaja dan sampai dewasa. Ekzema akan menyebabkan badan menjadi gatal-gatal dan apabila sentiasa digaru akan meninggalkan parut.

Kebiasaannya bagi penghidap ekzema, doktor akan memberikan ubat sapu yang mengandungi steroid yang tinggi. Tapi jika menggunakannya dalam jangka masa yang lama adalah tidak baik.

Antara produk shaklee yang boleh membantu mengatasi dan merawat masalah ini ialah :

★Meal Shakes Shaklee
-Meal Shakes Shaklee berfungsi membaiki kulit yang rosak kerana Ekzema

★Alfalfa
-Alfalfa sememangnya kita mengetahui adalah Raja bagi segala tumbuhan dan herba. Kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti ekzema.

★Herbal Blend (Multi Purpose Cream)
-Herbal Blend (Multi Purpose Cream) yang mengekalkan kelembapan kulit. Melegakan gatal -gatal dan pedih-pedih. Diperbuat dengan ekstrak herba semulajadi sage, rosemary dan horse chesnut yarrow.

★Vitamin E
-Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat ekzema. Vitamin E juga berfungsi mengelakkan luka dari dijangkiti bakteria. Vitamin E juga bantu pudarkan parut dengan berkesan.

★Omega Guard
-Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel serta mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan. Ianya juga membantu melembapkan dan melembutkan kulit kerana kulit kering menjadikan ekzema semakin teruk.

★Energizing Soy Protein (ESP)
-Bertindak membina sel yang sihat/ membaiki sel yang rosak. Bila ekzema melanda, kulit akan menjadi rosak. ESP membantu menghasilkan kulit yang lebih baik. ESP juga membantu pudarkan parut dengan cepat.



berminat?????...boleh pm saya kat 0168299592 (sms, whatsapp,)
atau kunjungi   Page saya ikamika shaklee   dan fb profile saya Ieka Kimieka    



Monday 6 October 2014

TRIP TO TENOM, SABAH

Salam semua.... wah..lama dah aku tak update blog kan... nak story story la...korang tengok title pun dah tau kan. Trip to Tenom.
Sebenarnya benda ni terjadi tak di rancang pun. Bak kata orang, gamble je..aku ke kota kinabalu sebenarnya nak hadir kenduri kawen kawan aku. Tapi disebabkan banyak masa terluang, so aku dan husband aku befikir la.. samada nak melawat pulau2 atau nak merasa naik train yang boleh dikatakan agak rare la...
So kami decide pada 01.09.14 untuk gamble je keesokan harinya...
Tapi sebelum tu kami google la waktu bertolak keretapi jam berapa..
Nanti tertinggal train plak.... oh ya.. mak dan bapak akupun terjebak sekali dalam pengembaraan kami ni..hehehe...

Lets the story begin..:-)

02.09.14
Kul 5 pagi lagi dah bangun.... kul 6 adik aku hantar kami ke stesen keretapi yang terletak di Tg.Aru. kul 0640 kami sampai stesen..
Tengok kaunter jam 7 baru buka. jadi kami ambik keputusan untuk bersarapan dulu. Sebelah bangunan je gerai makan tu. Habis sarapan, kami pun beraturla beli tiket. kami beli tiket ke beaufort, sebab nak ke tenom.

Trip mini backpack kami kalini adalah yang paling murah setakat ni.. tengok jakla harga tiket train ni..:-)

Senarai harga tiket 

Tg. Aru - Beaufort ( Depart 0745-0945)
Dewasa RM 4.80
Kanak- kanak RM 2.40

Beaufort -Tenom ( Depart 1330-1600)
Dewasa RM 2.75
Kanak-kanak RM 1.40

Waktu bertolak balik dari Tenom

Tenom- Beaufort = 07.30-0955 & 1330-1600
Beaufort - Tg. Aru = 1100-1300 & 1700-1900




So...jom tengok apa yang aku sempat capture.. sorryla kalau gambar tak cantik. Aku guna camera samsung tab je.... 










kat atas tu gambar kat depan stesen Tg. Aru



Qisya posing di dalam Train yang dah tak digunakan lagi. Agak berhabuk

Nampak tu jari menuding ke beaufort....hihihi

Yeahhhh..... Mama dan abg pegang bendera sabah... we are Sabahan...ekekee...




Ha.... Kami sampai di beaufort jam 9.45 pagi. Dan train menuju ke Tenom pula jam 1.30 ptg.. sangat banyak masa yang terluang kan... lama betul kena menunggu... jadi kami pun berjalan jalan la di sekitar pekan beaufort. cari makan.. dan terjumpa satu tempat makan best..

Nama Restoran Tu Restoran Brunei Satay House
Sate perut are recommended ... sangat sedap ok.. kuah dia pun awsome. 
try juga makan Kelupis cecah kuah sate....rasanya memang sedap....

Tempat dia berdekatan je dengan stesen keretapi beaufort. senang sangat nak cari.



gambar-gambar di atas ni, sementara menunggu train bertolak.








Tu dia... sampai keluar urat tangan sebab pegang erat-erat..takut jatuh..train tengah bergerak ni..


Caption kat atas ni.. agak lawak sikit. my bapak cerita.. masa kitorg Sibuk begambar...bapak aku terdengar la orang kampung bebisik sesama diorang, kata yang kami ni cari bahaya...yela... begambar time train tengah begerak...hihihi... 






So apa perasaan korang bila tengok gambar- gambar kat atas tu.. sangat rare kan train itu..hehehe



Nampak tak backpack yang aku galas tu, disitula tempat kami isi segala pakaian, keperluan anak-anak (susu & pampers), pakaian kami 4 beranak. dan sedikit bekalan makanan.Mujur muat..






Mini factory ni memang tak tau nak kata apa sebenarnya... aku maksudkan kilang kopi tenom yang lain, tapi lain yang tembus... hampir 2km kami bejalan kaki meredah panas.. lastly jumpa factory tenom fatt choi coffee.. disebabkan dah keletihan. kami pun belasah jela lepak minum.. sempat juga tengok pelbagai jenis kopi dari serata dunia.. kagum seketika...

Selepas alas perut, barulah kami cari tempat menginap...sorry sbb akupun dah lupa mana hotel kami menginap... huhuhu... tapi berdekatan dengan stesen keretapi Tenom juga.. Sebab bajet nak bertolak ikut 1st train keesokannya...






Ini salah satu perhentian train, yang mana siapa siapa yang ingin mengalami pengalaman Water Rafting, di Sungai Padas, mereka akan turun di stesen ni.
Boleh try klik laman web ni kalau rasa-rasa nak cuba 






My mamak dan bapak tgh santai dalam train dr Beaufort ke Tg. Aru... train yang ni tak rare dah... sama macam train kat kl...




flight kitorang tgh malam.. lenanya la 3 beranak ni tido.. makanan tu tapau ja..... 


Si adik tak larat dah nak duduk... bagi baring je kat atas bagasi.... hihihi...
Apapun pengalaman balik sabah kali ni memang tak akan dilupakan.. 

kalau korang nak tanya apa-apa tentang sabah, jangan malu bertanya.. InsyaAllah saya akan cuba membantu.... saya harap entry kali ini akan membantu anda mengenali negeri saya.. 

Jom terokai sabah, Negeri Dibawah Bayu

















Monday 16 June 2014

Thalasemia dan Vita - Lea Shaklee


Kenapa pesakit Thalassemia tak boleh ambil Vita-Lea Iron Formula Shaklee?

Bagi mereka yang menghidap penyakit Thalassemia, mesti dengan membaca sahaja tajuk entry ini, anda sudah tahu kenapa anda tak boleh ambil Vita-Lea Iron Formula Shaklee sebagai supplement. Tak lain tak bukan kerana ada perkataan IRON di situ, ataupun dikenali juga sebagai zat besi.

Pesakit Thalassemia mempunyai kecacatan pada sel darah merah mereka kerana hemoglobin yang terdapat pada sel darah merah ini tidak terbentuk dengan sempurna. Hemoglobin ini mengandungi zat besi yang bertugas untuk mengangkut oksigen ke seluruh pelusuk badan manusia.

Disebabkan oleh ketidaksempurnaan hemoglobin ini, apabila sel darah merah pecah, ia juga turut akan pecah dan meninggalkan sejumlah zat besi atau iron yang banyak di dalam darah. Zat besi yang tidak dapat dikeluarkan dari dalam badan akan menyebabkan badan menjadi lemah dan pembesaran yang tidak teratur.

Jadi, sebab itulah Vitalea Shaklee tak disarankan kepada pesakit Thalassemia. Ini kerana salah satu jenis galian yang terdapat dalam multivitamin dan multimineral ini ialah iron atau zat besi yang boleh memburukkan lagi keadaan pesakit Thalassemia ini.

Tapi, itu tidak bermakna pesakit Thalassemia ini tidak boleh mengambil supplement yang lain. Jika nak tahu, vitamin b complex, vitamin e, ostematrix dan ESP adalah antara supplement yang baik untuk penghidap penyakit ini.

Utk pesakit Talasemia yg berminat nak order selain Vita-Lea boleh pm saya kat 0168299592 (sms, whatsapp,)
atau kunjungi   Page saya  SIHAT Selalu dan fb profile saya Ieka Kimieka    

Sunday 15 June 2014

Muslim Homestay UPC di Jalan Sulaman Kota Kinabalu, Sabah



Assalamualaikum semua....
Haaa... kalini aku nak buat iklan tentang homestay pula..
Sekarang ni nak terbang ke mana mana pun mudah kan. Tiket pun takdela sesukar dulu untuk didapati. Banyak dah syarikat airlines yg korang boleh pilih untuk dapatkan harga terbaik untuk pegi bercuti...
So, ada lagi yang belum pernah bercuti di kepulauan borneo, terutama sabah? Hehehe...rugi tau kalau tak bercuti di sabah ni.. ibarat orang kedah cakap " sempoi bak hang"...

Aku x nak la sembang berjela jela, nanti bosan pulak korang membaca..secara ringkasnya.kalau korang nak bercuti di area kota kinabalu sabah, boleh cuba stay di Ika's homestay bertempat di University prime condo (UPC)

Jangan gentar dengan nama..kot la korg fikir harga mahal sbb nama pun condo. Dun worry sbb harga mmg sgt berpatutan.. berbanding stay dkt hotel yg agak lumayan mahal dan x boleh masak2 atau basuh baju..baik save budget utk shopping di sabah kan...:-)

Apa yang ada berhampiran homestay ni?
Terletak di jalan sulaman, Kota kinabalu

* UMS
* Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan (mini putrajaya)
* Kingfisher
* 1 borneo Hypermall
* UiTM
* Yayasan Sabah
* Pantai Tanjung Lipat


Jom tengok apa yang ada:-

homestay ni terletak kat tingkat 3
Ada 2 bilik tidur 
Bilik air kat luar
Master bedroom (aircond)
Bilik single (kipas )
Ruang tamu (aircond)
Tv & astro channel
Sofa
Mesin Basuh
Tempat menyidai pakaian beserta kipas(semalam pun dah boleh kering ^^)
Peti ais
Dapur memasak
Kelengkapan memasak
Meja makan & kerusi
Selimut dan bantal extra
Tuala

Jom terjah!!!!!

Ni la mesin basuh automatik yang disediakan..tempat menyidai betul2 kat atas mesin basuh tu... siap ada kipas lagi...


Ruang dapur di atas mungkin x luas tapi still memberi keselesaan dan penjimatan yang banyak..terutama jika stay banyak hari.. x perlu makan kat luar..boleh masak sendiri seafood fresh yang dibeli.hehehe....



Peti ais tu dan ruang makan yang selesa, kat tepi tu ada kabinet pinggan mangkuk.



Dapur gas dan sinki 



Kawasan ruang tamu untuk bersantai....kipas ada, aircond pun ada..


Bilik air


                                           Bilik tidur utama


Bilik tidur single, tapi boleh memuatkan 2 atau 3 orang.

Bagi yang gemar beriadah, jangan risau..ada kawasan utk aktiviti riadah

Playground pun ada...sila jaga keselamatan anak2 anda sewaktu bermain main di taman ini.... hehehe.... pesanan x tinggal... demi keselamatan kanak kanak kan..:-)


Haaa....ini mmg fevret part aku... terjun kolam...

Dah tengok kan gambar..
Skrg nak cite rate pulak..

- Normal day RM 160 semalam (Isnin hingga Ahad)
- Peak day RM180 Semalam (Cuti sekolah, minggu konvokesyen)

* lebih dari tiga malam harga boleh runding lagi (give & take la 
   kan.. ) & deposit semalam dikenakan untuk mengelakkan backout booking.

kena bayar 2 jenis Deposit Tau

1 ) Deposit satu (1)Malam Untuk Lock Booking ( Bayar melalui Transfer ke akaun)

2 ) Deposit RM50 semasa cek in, dan akan dikembalikan semasa cek out ( deposit ni utk access
     kunci homestay dan kad swimming pool & gym. sekiranya hilang, deposit tidak akan
     dikembalikan)


Boleh memuatkan 2 keluarga
6 dewasa, 3 kanak - kanak. Lebih pun boleh tapi nanti korang pula tak selesa...hehehe...

So harga memang sangat berbaloi dan jimat banyak.. kalau 
Cari hotel mesti kena ambik 2 bilik dah kan.Lagi-lagi bila nak kena stay lama sebab nak hadir kenduri kahwin ke, hadir konvokesyen ke.. rate hotel skrg ni korang pun tau kan..mahal nak mampuihh...hahaha...

Kebersihan dan penjimatan adalah sangat digalakkan sepanjang berada di homestay kami. ^^
Dan homestay ini hanya untuk muslim saja ye.harap maaf kepada yang bukan muslim..

Tempahan awal adalah sangat diperlukan untuk mengelakkan anda rugi sbb penuh...hihihi

Dan untuk tempahan sila hubungi
Ika 0168299592

Selamat bercuti semua.....:-)