Assalamualaikum semua....
Haaa... kalini aku nak buat iklan tentang homestay pula..
Sekarang ni nak terbang ke mana mana pun mudah kan. Tiket pun takdela sesukar dulu untuk didapati. Banyak dah syarikat airlines yg korang boleh pilih untuk dapatkan harga terbaik untuk pegi bercuti...
So, ada lagi yang belum pernah bercuti di kepulauan borneo, terutama sabah? Hehehe...rugi tau kalau tak bercuti di sabah ni.. ibarat orang kedah cakap " sempoi bak hang"...
Aku x nak la sembang berjela jela, nanti bosan pulak korang membaca..secara ringkasnya.kalau korang nak bercuti di area kota kinabalu sabah, boleh cuba stay di Ika's homestay bertempat di University prime condo (UPC)
Jangan gentar dengan nama..kot la korg fikir harga mahal sbb nama pun condo. Dun worry sbb harga mmg sgt berpatutan.. berbanding stay dkt hotel yg agak lumayan mahal dan x boleh masak2 atau basuh baju..baik save budget utk shopping di sabah kan...:-)
Apa yang ada berhampiran homestay ni?
Terletak di jalan sulaman, Kota kinabalu
* UMS
* Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan (mini putrajaya)
* Kingfisher
* 1 borneo Hypermall
* UiTM
* Yayasan Sabah
* Pantai Tanjung Lipat
Jom tengok apa yang ada:-
homestay ni terletak kat tingkat 3
Ada 2 bilik tidur
Bilik air kat luar
Master bedroom (aircond)
Bilik single (kipas )
Ruang tamu (aircond)
Tv & astro channel
Sofa
Mesin Basuh
Tempat menyidai pakaian beserta kipas(semalam pun dah boleh kering ^^)
Peti ais
Dapur memasak
Kelengkapan memasak
Meja makan & kerusi
Selimut dan bantal extra
Tuala
Jom terjah!!!!!
Dapur gas dan sinki
Kawasan ruang tamu untuk bersantai....kipas ada, aircond pun ada..
Bilik air
Bilik tidur utama
Bilik tidur single, tapi boleh memuatkan 2 atau 3 orang.
Playground pun ada...sila jaga keselamatan anak2 anda sewaktu bermain main di taman ini.... hehehe.... pesanan x tinggal... demi keselamatan kanak kanak kan..:-)
Haaa....ini mmg fevret part aku... terjun kolam...
Dah tengok kan gambar..
Skrg nak cite rate pulak..
- Normal day RM 160 semalam (Isnin hingga Ahad)
- Peak day RM180 Semalam (Cuti sekolah, minggu konvokesyen)
* lebih dari tiga malam harga boleh runding lagi (give & take la
kan.. ) & deposit semalam dikenakan untuk mengelakkan backout booking.
kena bayar 2 jenis Deposit Tau
1 ) Deposit satu (1)Malam Untuk Lock Booking ( Bayar melalui Transfer ke akaun)
2 ) Deposit RM50 semasa cek in, dan akan dikembalikan semasa cek out ( deposit ni utk access
kunci homestay dan kad swimming pool & gym. sekiranya hilang, deposit tidak akan
dikembalikan)
Boleh memuatkan 2 keluarga
6 dewasa, 3 kanak - kanak. Lebih pun boleh tapi nanti korang pula tak selesa...hehehe...
So harga memang sangat berbaloi dan jimat banyak.. kalau
Cari hotel mesti kena ambik 2 bilik dah kan.Lagi-lagi bila nak kena stay lama sebab nak hadir kenduri kahwin ke, hadir konvokesyen ke.. rate hotel skrg ni korang pun tau kan..mahal nak mampuihh...hahaha...
Kebersihan dan penjimatan adalah sangat digalakkan sepanjang berada di homestay kami. ^^
Dan homestay ini hanya untuk muslim saja ye.harap maaf kepada yang bukan muslim..
Tempahan awal adalah sangat diperlukan untuk mengelakkan anda rugi sbb penuh...hihihi
Dan untuk tempahan sila hubungi
Ika 0168299592
Selamat bercuti semua.....:-)
No comments:
Post a Comment