Wednesday, 8 July 2015

Birthday Qisya Di Wondermilk Ioi City Mall

Salam semua.....harap korang sentiasa sihat walafiat... di entry kalini aku nak share tentang satu tempat makan yang awsome. terutama kepada golongan yang suka makan kek, cupcakes dan beberapa jenis  western food. 
sebenarnya ini adalah unplanned planning, boleh juga dikatakan rancangan tetiba... sebab aku dan husband pening nak celebrate birthday puteri kami.. ingat naj sambut kat rumah je, tapi bila tgk mr google.. ada plak blogger post pasal tempat ni.. so kami pun buat keputusan untuk cuba..

Tempat yang di maksudkan ialah Wondermilk Ioi city Mall.. Tahun ni birthday Qisya kena pada Bulan Ramadhan, jadi kami cadang berbuka puasa dan celebrate kecil kecilan kat wondermilk. sehari sebelum celebration, aku try call wondermilk konon nak booking tempat, tapi staff dia kata kena call jam 6 keesokan hari, mujur staff dia friendly juga..hehehe...so, akupun kata ok..

Pada hari kejadian, kami bertolak awal, lebih kurang dalam jam 4 jugalah kami sampai Ioi City Mall tu.
terus mencari dimana letaknya restoran wondermilk tersebut..hihihi..
Sampai saja kami kat restoran, saya pun bertanya untuk tempahan meja waktu berbuka, staff dia kata kena order terus, so kami pun orderla apa yang patut...lepas order dan bayar, kami pun pergilah pusing2 sekitar Mall, nak tengok wayang tapi ramai sangat orang beratur, nak beli online pulak, masa tayangan yang ada pun selepas berbuka, so kami pun buang masa  dengan cuci mata dan bergambar.... hehehe....
oklah... jums tengok apa yang ada...



On the way nak ke Ioi city Mall.... gaya lebih birthday Girl...

Qisya busy cuci mata...


waiting.....




Dah takde keja...

White Theme...hehehe




Happy je dua beradik tu... hihihi


Posing Saja.....






ok.. waktu ni dah dekat waktu berbuka.dalam jam 07.10 ptg...

dah booking meja masing masing...:-)

santai je kat dalam..lain branch lain design..
Ambik seat berhampiran Mini playground ni. senang nak pantau anak- anak main..

Alamak lupa dah namanya, cheese apa ntah..huhuhu..tapi memang sedap

 super ultimate burger


Zombie Burger..

Choc moist cake..

Kids meals ni percuma air ribena

Yang ni last sampai, sandwich steak. macam tak puas je... ekekeke..

Antara air yang ada, Kopi beruang dan kopi cap rusa kira wajib cuba, trademark Wondermilk orang kata.
 sedap..




Jemput Adik aku, dan kak Ipar aku .. kecil kecilan je..hihihi













Oklah.. itu je yang dapat di share, harga makanan dekat wondermilk adalah standard, untuk kami sekali sekala bolehla..

untuk yang ada anak anak tu, korang jangan risau, ada mini playground disediakan..so korang boleh makan dengan tenang..hehehe.. macam kami..tenang je makan..anak anak nak makan baru datang semula ke meja. hehehe.. 

Memang puas hati dengan service, staff pun friendly, makanan sangat marvellous, masa sampai nampak macam sedikit, konon nanti tak kenyang... haaa... aku gigih juga menghabiskan walaupun dah kenyang.. (Sikit ko kata.. hahahahah)
yang paling penting, kek dari Wondermilk sangat fresh.. dan sangat sedap ok...

dan lagi penting Qisya happy sebab dapat kek warna pink..Happy birthday my princess Qisya Qaira Al Humayra yang ke 3 tahun... semoga membesar menjadi anak yang baik dan solehah dan berjaya dalam apa juga bidang..Amin.. korang yang membaca harap dapat mengaminkan sama ye... terima kasih..;-)

kesimpulannya.. Wondermilk satu tempat yang wajib di rasa....hehehe..
ni alamat yang kitorang pegi...

IOI CITY MALL

G-77 Ground Floor
IOI City Mall
Putrajaya
62502 Sepang
Selangor
Tel: 03-8957 7645
Fax: 03-8959 7645

Shop Hours: 10AM – 10PM


buat korang yang nak cuba wondermilk boleh cuba kat mana -mana branch berdekatan korang klik
bawah ni ok...:-)
wondermilk


oklah.... sampai sini saja dulu entry aku kali ni..
terima kasih kerana sudi membaca...;-)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...