SUP IKAN HARUAN ( yg ni sgt baik bg yg czer)
Bahan-Bahan
1 ekor ikan Haruan (watak utama)
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
3 ulas bawang merah,
2 ulas bawang putih
2 sm halia
(ketiga-tiga ni ditumbuk )
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang & daun sup (dihiris)
Cara menyediakan
Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa utk hilangkan bau hanyir, bilas dgn bersih dan toskan..
(tp mengikut petua sebenarnya lendir ikan haruanla yg berkhasiat, so x pyh nak tenyeh habis-habisan la spy khasiat ada lagi)
Panaskan minyak jagung dalam periuk, Tumiskan tiga bahan yg ditumbuk td hingga wangi. Masukkan air.
Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping, dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidang..:-)
IKAN HARUAN ASAM KUKUS
Bahan- bahan
1 ekor ikan haruan dibersihkan
1 cawan air asam jawa
3 sudu makan minyak jagung ( saya guna olive oil)
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh gula pasir
1 sudu teh tepung jagung ( campur sedikit air)
1 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan - dihiris
garam secukup rasa
Bahan Kisar (A)
6 Ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm kunyit hidup
1 sm lengkuas
1 batang serai-diketuk
1 sudu teh lada hitam -ditumbuk
Cara Penyediaan
- Ikan digaul dengan garam dan serbuk lada hitam. ketepikan lebih kurang 30 minit.
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan A hingga wangi.
- Masukkan air asam jawa, kicap cair, gula dan garam. bila mendidih, masukkan pula pes tepung jagung, daun kesum, dan bunga kantan. kacau hingga pekat.
- Sementara itu, kukus ikan haruan tadi sehingga masak. letak dalam pinggan.
- Apabila kuah mendidih, tuangkan atas ikan tadi sehingga rata...Boleh dah hidang...:-)
Ikan Siakap Panggang
Bahan- bahan
1 ekor ikan siakap
50 ml pati santan
1 sudu makan minyak masak
1 sudu teh gula pasir
garam secukup rasa
Bahan A
1 batang serai-dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
1 sm kunyit hidup - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
Cara Penyediaan
- Perap ikan dengan separuh bahan A selama 1 jam
- Letak ikan di atas aluminium foil. bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
- Panaskan minyak dan tumiskan kebihan bahan Ahingga garing. Masukkan santan dan kacau hingga pekat.
- Kemudian masukkan garam dan gula pasir. kacau rata. sedia untuk dihidang dengan ikan siakap...:-) nyummmy...
Ikan Tenggiri Goreng Halia
Bahan-bahan
1 keping ikan tenggiri
4 sm halia 0 dihiris & digoreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Cara Penyediaan
- Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Biar selama 20 minit.
- panaskan minyak bijan dan goreng ikan sehingga garing. ketepikan.
- Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan ikan semula. Tuangkan kicap dan kacau rata.
- Angkat ikan dan letak ke dalam pinggan. Taburkan halia goreng diatasnya. Sedia untuk dihidang.
Tumis Sawi Putih ( Sawi putih membantu menambahkan susu ibu)
Bahan-bahan
5 tangkai sawi putih - dipotong
1sm halia - dihiris
10 ekor ikan bilis - dibersihkan
1 sudu teh minyak masak
garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara Menyediakan
- Tumiskan halia dan ikan bilis dalam minyak panas hingga garing
- Masukkan sawi. Kacau rata dan tuangkan air.
- Tutup sebentar dan biarkan lembut. Tambah garam dan angkat dan bolehla di hidang..:-)
Bahan - bahan
8 ketul ayam
4 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sm halia - ditumbuk
3 sudu makan cuka
Garam secukup rasa
Bahan tumbuk (A)
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Cara Penyediaan
- Lumurkan ayam dengan bawang putih, halia dan garam. Perap lebih kurang 30 minit.
- Kukus ayam sehingga masak
- Tuangkan cuka pada ayam dan taburkan bahan A
- Kukus lagi selama 5 minit dan sedia di hidang..
No comments:
Post a Comment