Saturday 26 September 2015

Kesan Kekurangan Kalsium


Fungsi kalsium  bukan hanya untuk membantu menjaga kesihatan tulang saja tapi banyak fungsi lain.Sebab tu la kekurangan kalsium adalah berbahaya bagi kesihatan. Dalam kes biasa kurang kalsium mungkin kita tak rasa, tetapi jika sudah masuk dalam tahap kritikal boleh menyebabkan masalah yang serius bagi kesihatan. Di bawah ini adalah beberapa gangguan kesihatan dan penyakit yang diakibatkan oleh kekurangan kalsium:
1. Kejang otot. Gejala ini bisa dikatakan sebagai akibat kekurangan kalsium, dalam gejala awal ini biasanya otot akan terasa sakit, terutama di bagian peha, lengan, dan ketiak saat digunakan bergerak atau beraktiviti luar. Jika anda mengalami hal ini cuba jumpa pakar kesihatan  untuk mengetahui apa yang sedang terjadi, jika sakit tersebut diakibatkan kekurangan kalsium doktor mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil makanan yang mengandungi  kalsium yang tinggi.


2.  Tulang tidak kuat. Kita sedia maklum bahawa kalsium ialah nutrisi utama untuk tulang, kerana komponen utama pembentukan tulang adalah kalsium. Jadi jika anda tidak mendapat cukup kalsium dari makanan maka akan anda memiliki risiko besar mengalami osteoporosis terutama di usia yang kian meningkat. Saat tubuh kita kekurangan kalsium maka tubuh akan mengambil kalsium dari tulang, gigi atau organ lain. Hal ini menyebabkan tulang menjadi lebih rapuh dan kehilangan kekuatannya.



3. Mudah dijangkiti virus. Kalsium membantu melindungi tubuh dari serangan virus dan bakterai jahat.  Sehingga jika anda mengalami kekurangan mineral ini maka tubuh akan menjadi lebih senang dijangkiti  penyakit terutama penyakit yang diakibatkan oleh virus dan bakteria seperti flu,  dan hepatitis. 



  4. Gangguan fungsi saraf. Kalsium diperlukan tubuh untuk mengatur tindak balas otot dan fungsi saraf. Dengan demikian, kekurangan kalsium dapat menyebabkan melemahnya otot dan degupan jantung yang tidak teratur. Hipokalsemia (rendahnya tingkat kalsium dalam darah) dapat menyebabkan kebas atau mati rasa pada jari-jari. Kekurangan kalsium juga dapat mengakibatkan tekanan darah rendah dan gagal jantung kongestif.


5. Mengakibatkan kejang. Gejala yang paling akut hipokalsemia adalah kejang. Kerana kalsium diperlukan tubuh untuk fungsi neurologis dan pengembangan, kekurangan kalsium dalam darah juga dapat menyebabkan kerosakan pada otak. Gejala hipokalsemia ini biasanya sangat sulit dikesan terutama pada bayi. Sebab itu ibu mengandung dan menyusukan digalakkan untuk mengambil kalsium secukupnya.  


6. Insomnia. Jika anda tergolong orang yang sukar untuk tidur mungkin anda termasuk diantara orang yang mengalami kekurangan kalsium. Di atas sudah diajelaskan bahwa salah satu manfaat kalsium adalah mengoptimakan fungsi saraf, sehingga saat tubuh anda tidak mendapatkan cukup kalsium maka beberapa organ penting seperti jantung juga bisa terganggu sehingga menyebabkan susah tidur

Berikut adalah jumlah keperluan kalsium harian yang perlu di ambil bagi setiap lapisan umur




Tanda - tanda anda kekurangan kalsium, ketahui tahap kesihatan tulang anda 

Sekarang kita dah tahu tentang fungsi kalsium kepada tubuh, oleh itu kita seharusnya  berusaha untuk memenuhi nutrisi yang satu ini dengan mengambil makanan yang mengandungi kalsium yang tinggi seperti susu, keju, yogurt dan aneka sayuran hijau lainnya seperti di bawah ini:



Tapi untuk yang tak suka minum susu atau yang kurang gemar makan sayuran, atau dah bosan dengan menu makanan yang tinggi kalsium, saya cadangkan anda ambil supplement yang tinggi calsium. 


 kunjungi fb page saya sihat selalu atau ikamika shaklee 
fb profile  Ieka Kimieka

boleh whatsapp Ika 0168299592 untuk order 

atau online order diE sell

Raya Budget Di Melaka

Salam Semua... sebelum ni saya share tentang Itinerary beraya di Kedah, kalini nak share tentang perjalanan kami yang super saving ke melaka, dengan modal kurang dari RM 200.
24.08.2015 booking hotel melalui Hotel.com . Aku booked Hotel Sentral Melaka cuma RM 97.52 untuk semalam. aku akan pilih hotel yang ada swimming pool sebab anak aku suka mandi kolam.

Kami bertolak ke Melaka pada 25.08.2015 dalam jam 4.30 petang, sebab jam 3 kami singgah Ke Marrybrown Sendayan untuk menghadiri Birthday Party anak kawan aku.

Sampai Melaka dalam jam 6 petang,
Lepas Cek In, kami masuk bilik, agak terkejut sebab bilik tu sangat luas dan katil single pun agak besar, mungkin hotel tu dah upgrade jenis katil, dah takde jenis katil single. rasa macam saiz queen, sebab boleh muat 4 dewasa untuk bilik tu. lupa lak nak ambil gambar. lepas dah selesai solat dan apa yang patut, semua tukar baju dan mandi kolam, seronok sangat anak-anak dapat mandi kolam.. :-)

kami beraya ke rumah keluarga angkat selepas maghrib, dan Dinner di sana. Alhamdulillah harini kami memang jimat makan Tengah Hari dan Malam...hehehe.. Rezeki lah Katakan... lepak di umah keluarga angkat agak lama sebab main bunga api lagi, excited si abang main bunga api.. adik kurang sihat, dan takut main bunga api, so dia tak excited sangat... kami sampi hotel dalam jam 11 malam.. letih dan terus tidur...

Keesokan paginya Dannial bangun nak mandi kolam lagi. Jadi kami bagila dia mandi kolam puas puas, dah puas mandi, kami siap siap la cek out, lepas dah cek out kami menuju ke coconut shake original Klebang, tempat wajib pegi oooiiii... sedap la coconut shake klebang...hehehe... Pastu sambung g beraya ke umah keluarga angkat di Alor Gajah.. Da habis beraya kami pun balik Kuarters.....

Okay..dah habis cerita... jalan jalan dalam Malaysia jak.. gambar pun tak banyak... tapi jemputla tgk gambar.. 






Bergambar dengan Maskot di birthday Party

With birthday Girl :-)









Sempat lagi Si Abang ni posing di tepi keta Orang.. smart katanya..



da habis.... terima kasih sudi membaca...:-)

Saturday 5 September 2015

Pesta Sukan Kastam Sabah 2015

Assalamualaikum semua.... harap korang semua sihat selalu disamping orang tersayang...
Lama tak update blog ni..  entry kali ni nak cerita tentang perjalanan sukan futsal aku dan kawan kawan..
untuk aku, tahun ni adalah tahun pertama aku join futsal , pertama kali main futsal tahun 2007, semasa kursus. sekali je main.. no basic futsal at that time..

sehingga pada tahun ni, aku dapat tau ada orang cari team futsal untuk perlawanan 3 penjuru antara KLIA,Putrajaya dan WPKL, aku berkobar-kobar la nak sertai sebagai wakil KLIA, sebab memang dah cukup lama nak buat team futsal wanita tapi tiada kesempatan. waktu ni la masanya..



Majoriti player yang jadi wakil KLIA untuk futsal wanita tiada basic tentang futsal, jadi kami dibagi latihan dari awal untuk belajar apa itu futsal, 10 hari latihan, setiap hari isnin-jumaat 3 jam. 5 hari pertama kami buat fitness, 5 hari seterusnya baru belajar taktikal. untuk yang newbies macam aku dan kawan kawan, memang agak mencabar la, tapi kami gagahi dan tak putus asa.


Tiba masa perlawanan 3 penjuru. Pengalaman perlawanan pertama yang takkan dilupakan.Cuma tak ingat jumlah gol

KLIA vs Putrajaya (KLIA menang), 
KLIA vs WPKL (WPKL menang),
WPKL vs Putrajaya (Putrajaya menang)

Keseluruhan kami tempat ketiga sebab kalah jaringan gol. 

Selepas itu, pemilihan pemain untuk mencari wakil mewakili zon ke Pesta sukan Kastam di Sabah, yang mana perlawanan diadakan di Penang. KLIA, WPKL dan Putrajaya bergabung menjadi Zon Putrajaya. Syukur sebab ramai juga pemain dari KLIA yang terpilih termasuk aku.

latihan bersama pemain WPKL dan Putrajaya cuma 3 hari sebelum pegi Penang. masa latihan yang sangat singkat tapi kami semua cuba sehabis baik dan tawakal. 

Perjalanan ke Penang memang penuh cabaran, Bas rosak di lebuhraya utara selatan, sampai Penang jam 6 terus cek in hotel, tak mandi cuma tukar baju dan terus ke majlis perasmian jam 7.30. dugaan lagi bila sampai ke majlis perasmian ramai kata makanan dah habis dan kena tunggu lagi.. disebabkan kami semua dah kelaparan, pengurus dan konvenor bawa kami makan kat luar. 

Masa hari perlawanan kami kena lawan 2 team iaitu selangor dan Johor.
Putrajaya vs Selangor ( 5-0)
Putrajaya vs Johor (3-2)
Kami menang dan layak bertanding ke Sabah mewakili Zon 1.
gembiranya kitorang hanya Allah yang tau.

Latihan untuk ke Sabah pun 2 hari je latihan yang dibenarkan, tapi kitorg cari inisiatif untuk buat latihan tanpa surat, kitorang sepakat untuk buat latihan malam, bagi yang office hour tiada masalah, cuma yang kerja shift je kena berkorban waktu kerja, dan kami adalah satu team, semua kami sepakat. hehehee... 

hari tiba di sabah di nanti nantikan....

Jadual perlawanan kami..

kump A 

Sabah
Kedah

Kump B

Putrajaya
Penang

Game pertama 

Sabah vs Penang ( 1-0)
Putrajaya vs Kedah (2-0)

game kedua

Sabah vs Kedah (2-0) ( Sabah layak ke Final)
Putrajaya vs Penang (penalti 2-1) ( Putrajaya layak ke Final)


Final
Sabah vs Putrajaya (1-0)

Sabah Johan
Putrajaya Naib Johan

Walaupun dapat naib johan, kami semua bersyukur sebab dapat ke final,daripada zero basic meningkat ke naib johan.
dan InsyaAllah kami semua tidak berhenti setakat ini.kami akan cuba untuk meningkatkan kemahiran dan skill kami dalam sukan ini.

okla... itu jak yang dapat aku story.. harap korang tak bosan..

"buat sesuatu yang korang minat dan InsyaAllah korang akan happy...
jadi diri sendiri, walaupun terpaksa bermula dari bawah"

jemput cuci mata dgn gambar-gambar di bawah...:-)












merenung masa depan..:-)












Ala-ala retis pulak...hahaha








Inilah dia tempat pertarungan kami
Day 2
21.08.2015


Di pagi hari..




Sepatutnya menginap di sini...tapi disebabkan beberapa hal, kami menyewa homestay






















Pengurus bawa makan di luar
salah seorang player harapan cedera..huhuhu

sekitar di malam majlis perasmian.....
Posing di malam perasmian














Reunion




Kami dari Export KLIA... agak agak bangga tak bos kami ni..hahahah




Reunion lagi..:-)


Reunion...seronoknyaaa












Kami couple...hehehe






















day 3
22.08.2015
Di sebelah sem..anak-anak melayan diri sendiri kerana kami berdua jauh dari mereka...


Rindu kat diorg masa ni,, mak teh ambik la gambar


musibah...kunci pintu tetinggal dalam rumah... 




Ikut skill dalam you tube pun tak bole... hahahah


Dalam masa yang sama, my parents sanggup drive dari Tawau untuk sampai ke KK...Terharu..huhuh


Terbuka juga akhirnya setelah di tendang....No worry sebab penyewa sangat bertanggungjawab 
day 4
23.08.2014


Final day, kami semua beraksi termasuk putera kami Dannial beraksi di sukan sekolahnya..


He's a champion




Penyokong dan pembakar semangat da sampai...heheheh


































Team husband pun dapat no 2














Diorang membawa diri ke pantai Tg Aru...:-)


Kami membawa diri ke monumen double six dengan parents..hehehe 












Inilah result keseluruhan.kami salah satu penyumbang..:-)






day 5
24.08.2015


Nak balik KL sudaaaaaa










OK..... dah habis... korang tengok dengan habis ke tak gambar2 ni... kalau berjaya habiskan gambar, sila tinggalkan komen anda.. jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi membaca blog kampungan aku ni.... minta maaf kalau korang bosan membaca....

jumpa lagi di lain entry...