Thursday 10 January 2013

Tips Makan Vitamin

Salam semua...apa khabar korang? hopefully sihat selalu ye.. adakah pembaca kat sini yang mengamalkan supplement dalam kehidupan seharian? haaaa... sini saya nak kongsi beberapa tips le tentang cara pemakanan vitamin ni...walaupun tak semua jenis vitamin, saya harap sedikit sebanyak ni dapatlah membantu korang ye.. dan Saya harap dengan tips ni, penyerapan vitamin dlm badan kita akan lebih berkesan. dan kita sekeluarga akan sihat senantiasa..Amin...:-) Usaha dan tawakal je kan..hihihi



Sebagai panduan buat semua, di bawah adalah aturan asas pengambilan vitamin yang baik mengikut sifatnya.

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN

Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi ke dalam VitaLea Shaklee. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang berjalan lancar dan membuahkan hasil, sila teruskan. Namun jika tidak memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walaubagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...