Salam Semua...Entry kali ni nak kongsi sedikit ilmu tentang menangani masalah anak sembelit...mesti korang pernah mengalami masalah ni kan... aku tau perasaan korang cemana..akupun pernah gak... x sanggup tengok dia menangis kesakitan.aku minta husband yang settlekan...kalau aku..rasanya dengan aku sekali menangis..hohoho.... ilmu ni pun aku dapat dari blog..ala...lupa lak nak save blog mana..huhuhu.. takpela..korang baca je la tips2 ni ye...harap dapat membantu...:-)
- ubat titis. Masuk kat susu dia. Masukkan beberapa titis. Nama ubat tu SKILAX. Pastu, cairkan sikit susu.
- Paling penting galakkan anak minum air Kosong banyak2..[yg ni kat umah aku cuba bagi sebanyak mungkin] Nasib baiklah anak-anak aku takde masalah kalau bagi minum air kosong...cuma kadang terlupa nak berikan..tu yang naik masalah sembelit..salah aku jugak..huhuhu...
- Bancuh satu sudu TEPUNG SAGU atau TEPUNG KANJI dalam susu anak. Maknanya kena kurang satu sudu susu dan tambah 1 sudu tepung sagu atau kanji. kalau anak sembelit teruk, berikan 4 kali sehari. Tapi kalau biasa jer 1 kali sehari dah cukup sebab nanti kalau terlebih takut anak akan cirit birit plak. Tepung tu membuatkan najis berlendir dan memudahkan pembuangan najis InsyaAllah, masalah sembelit akan selesai. Yang ini mmg dapat feedback yg sgt +ve dr ibu2.. sebab bebas dari kimia berbanding ubat2 lain. Hmmm...Boleh la try kat my Little Junior..tapi harap2 x terjadilah kat dia..kesian sangat kot tgk dia...
- Lagi satu, disyorkan oleh seorang doktor pakar kanak-kanak di New York iaitu Marla Stern. Cara2nya: Tambahkan 1 sudu teh GULA PERANG (brown sugar) dengan 2 aun susu atau air masak. Larutan ini tidak memberikan apa2 kesan negatif kepada anak kita dan efektif untuk melembutkan najis anak. Nanti boleh cuba yang ini gak. simple je kan.
- Last,dinasihatkan ibu-ibu supaya elakkan memberi anak kita PISANG kerana pisang sebenarnya mengeraskan lagi najis anak (bagi sesetengah anak) dan lebih memburukkan sembelit anak. Elok diberi BETIK dan TEMBIKAI kepada anak-anak kita :) yang ni aku mmg tak tau...ingatkan pisang leh lawaskan buang air... sebab tu la kita digalakkan banyak membaca kan..jangan memandai..hihihi....
No comments:
Post a Comment