Thursday 9 May 2013

Tips minum air byk







Kadang-kadang sukar antara kita untuk minum air masak ni walaupun tahu kebaikannya dan tahu keburukannya jika badan kurang minum air masak. Alasan biasa tak sempat nak minum air atau tak suka ke toilet. Padahal ke toilet adalah penting untuk untuk menyahtoksin dari badan kita. Takkan kita nak simpan toksin dari badan kita kan?
Amalkan petua di bawah supaya kita tak terlepas untuk minum air masak dengan kadar yang disyorkan untuk sehari.

1. Minum segelas air selepas bangun daripada tidur.

2. Minum segelas air sebelum masuk tidur.

3. Minum 3 teguk air setiap setengah jam

4. Minum 3 teguk air selepas buang air kecil atau selepas menyusukan bayi

Dan dipenghujung hari Insyaallah kita mampu menghabiskan 2 hingga 3 litter air dalam sehari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...