Chewable Vita-C Plus 100MG
Vitamin C Vitamin C(Ascorbic Acid) merupakan sejenis vitamin yang larut dalam air. Vitamin C yang berlebihan akan disingkirkan dari badan kita melalui urin. Ini bermaksud badan kita memerlukan bekalan Vitamin C yang berterusan kerana ia tidak boleh dibina secara semulajadi oleh badan manusia. 4 Fungsi Utama Vitamin C:
Antioksidan Dalam proses penghadaman Vitamin C, ia akan menjadi sejenis antioksidan yang larut dalam air. Dengan ciri ini vitamin C secara langsung boleh melawan dan melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke , barah, kanser, promote process penuaan dan sebagainya. *Radikal bebas ini terhasil secara semulajadi di dalam tubuh badan disebabkan oleh proses-proses biokimia di dalam badan dan juga faktor luaran seperti pencemaran ( air, udara , makanan) , stress, toxin , pancaran sinar ultra ungu ( UV light ) dari matahari dan sebagainya. *Tahukan anda sebatang rokok akan menyebabkan badan kita kehilangan 25-30mg Vitamin C? Sintesis kolagen Vitamin C diperlukan dalam penghasilan Kolagen semulajadi badan , di mana kolagen ini amat penting sebagai struktur utama komponen dalam kulit, tulang, gigi, saluran darah, tulang rawan, tendon dan ligamen. Dengan kolagen yang mencukupi, kulit akan menjadi lebih licin, tegang , cerah & berseri , membantu menghilangkan kesan-kesan jeragat dan bintik hitam pada kulit disebabkan terdedah pada cahaya matahari. Sistem kardiovaskular Apabila arteri badan tersumbat, pengaliran darah akan terjejas dan penyakit seperti sakit jantung atau darah tinggi akan muncul. Vitamin C dapat menjaga keutuhan system saluran darah dan mencegah pegerasan saluran darah oleh itu membantu mencegah penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung koronari ,stroke, kerosakan buah pinggang dan sebagainya. Sistem imun Sistem imun adalah sangat penting untuk melindungi badan kita daripada bahan-bahan toksin atau kuman-kuman. Ini adalah kerana Vitamin C dapat meningkatkan fungsi sel T dan sel-sel darah putih supaya dapat melawan bakteria dengan cepat dan berkesan. Fungsi-fungsi Vitamin C secara ringkas :
Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C , ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. |
Source: USDA/HHS Dietary Guidelines for Americans, 2005
__________________________________________________
|
Vitamin C Dari SHAKLEE
Sebiji Shaklee Chewable Vit-C PLUS membekalkan
- 100mg High Quality Vitamin C
- 40mg Rose Hips
- 24mg Citrus Bioflavonoids
Dengan
tambahan Rose Hips dan Citrus Bioflavonoids dapat meningkatkan fungsi
Vitamin C dan mencegah pengoksidaan Vitamin C di dalam tubuh badan.
Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren dan sesuai diambil oleh:
- Kanak-kanak yang berumur 1 tahun keatas
- Dewasa atau orang tua yang sukar untuk menelan pil
- Ibu yang mengandung
Cara Pengambilan:
KUNYAH, SEDAP, BERKESAN
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment