Salam semua... aku nak share petua kecantikan dulu-dulu. tapi sebenarnya masih boleh digunakan sehingga sekarang... cuma rajin atau tidak je kan...hihihi... Kebiasaan setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita.ada yang sanggup berbelanja dengan modal yang besar. Ada jugak yang lebih suka menggunakan sumber semulajadi, bebas bahan kimia.. Tak salah kalau nak tampil vogue, tapi kalau banyak sgt campuran bahan kimia tu takut memudaratkan di masa hadapan. pilihlah yang bebas bahan kimia yang melampau ye...:-) Ok jom baca....
Mengelakkan Kulit Berparut Selepas Bersalin
- 3 hari pertama selepas bersalin, sapukan perut dengan kunyit hidup yang ditumbuk halus bersama garam. Barutlah perut seperti buasa.- Hari ke-4 sehingga lepas pantang, sapukan perut dengan air asam jawa yang telah dimasak dengan cuka. Barut seperti biasa. Jika mengamalkan ini dengan tekun, InsyaAllah perut tidak akan kelihatan pecah-pecah ataupun berparut...:-)
Kulit Berkedut
- Sebatang lobak merah dibersihkan dan diparut. campurkan sebiji kuning telur dan 1 camca besar tepung jagung. Kacau hingga sebati.Setelah itu lumurkan pada kulit muka.- Lakukan sekali sehari pada waktu malam. cuci muka ketika hendak tidur dengan air suam.
- InsyaAllah berkesan jika diamalkan...:-)
Wajah Berseri
- Basuh beras dan toskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. simpan dalam botol.- Bila nak digunakan, ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok kat muka dan biarkan kering. setelah itu cuci hingga bersih...:-)
Menghilangkan Parut Luka
- Sebiji ubi kentang dikukus. Apabila dah masak, lumatkan sehingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering.Amalkan sehingga kesan parut hilang.:-)Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
- Ambil sebiji tomato masak, lecek hingga halus. kemudian lumurkan diseluruh muka. Biar mengering lebih kurang 20 minit. bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2 @ 3 kali.Menyerikan Wajah
Petua ni memang terbaiklah jika dapat kita amalkan...:-) Selawat sebanyak 3 kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. InsyaAllah berserilah wajah korang... Selamat Mencuba ye...with love..Ika :-)
No comments:
Post a Comment