Adakah korang yang tengah membaca ni sedang hamil / dlm proses nak hamil?Ha...Entry ini memang sgt sesuai utk korg
Shaklee menawarkan set kehamilan yang lengkap bagi memenuhi keperluan anda bermula seawal trimester pertama kehamilan. Jom check it out apakah supplement-supplement yang terdapat di dalam set ini:
Vitalea with Iron Formula: Istimewanya Vitalea Shaklee adalah ianya dilengkapi formula zat besi yang dapat membantu menangani masalah bacaan HB rendah yang selalu berlaku di kalangan ibu-ibu hamil. Selain itu, Vitalea juga turut dilengkapi dengan 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin serta 7 mineral sebagaimana disarankan oleh RDA.
B Complex: Mengandungi 8 komponen penting Vitamin B termasuk 100% biotin dan asid folik. Asid folik sangat diperlukan wanita hamil khususnya di peringkat awal kehamilan bagi mengelakkan masalah spina bifida ke atas bayi yang dikandung. Ibu hamil yang mengamalkan B Complex Shaklee tidak perlu mengambil pil asid folik berasingan.
Di samping itu, pengambilan B Complex ini juga dapat membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan ketika hamil, mencegah masalah anemia kerana B Complex membantu dalam pembentukan sel darah merah yang sihat dan bertindak sebagai agen penenang (stress buster) yang baik.
Vitamin C: Sangat diperlukan bagi meningkatkan sistem imuniti dan mengurangkan kecenderungan untuk jatuh sakit ketika hamil. Vitamin C yang berfungsi sebagai perangsang penghasilan kolagen juga mampu mencantikkan kulit dan secara tidak langsung mengurangkan masalah rekahan kulit (stretch mark).
Ostematrix: Kalsium Shaklee dikenali sebagai Ostematrix. Apabila anda hamil, keperluan kalsium anda meningkat kerana kalsium diperlukan untuk menyokong tumbesaran tulang dan gigi bayi. Selain itu, kalsium juga diperlukan bagi kesihatan jantung, saraf dan otot yang sihat.
Sekiranya anda tidak menerima kalsium yang secukupnya di dalam diet harian anda, bayi anda akan menyerap keperluan kalsiumnya daripada tulang dan gigi anda. Perkara ini akan mengakibatkan anda terdedah kepada masalah seperti sakit gigi, sakit pinggang, sakit belakang serta kaki cramp khususnya di waktu malam. Pengambilan ostematrix juga dapat mengatasi masalah sembelit di waktu hamil.
OmegaGuard: Membekalkan keperluan DHA yang baik untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat bayi. OmegaGuard sesuai untuk diambil oleh wanita hamil bermula dari usia kandungan 4 bulan ke atas.
ESP: ESP merupakan minuman berasaskan soya yang sangat kaya dengan sumber protein serta kalsium. Protein sangat diperlukan badan bagi pembentukan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel yang telah rosak mahupun mati. Pengambilan protein yang secukupnya adalah penting bagi memastikan perkembangan janin yang sihat dan sempurna. Di samping itu, pengambilan ESP yang konsisten di sepanjang kehamilan, akan membuatkan anda merasa lebih bertenaga.
Kenapakah ESP Shaklee patut menjadi pilihan ibu hamil?
- 3 sudu ESP membekalkan 500mg kalsium, separuh dari keperluan harian. Ini bersamaan dengan 2 gelas susu.
- ESP Shaklee adalah soya jenis non-GMO, dihasilkan dibawah program Identify Preservation Program (IPP). Soya yang dihasilkan melalui pemantauan dan penjagaan yang teliti dari proses menanam hingga pemprosesan. Selamat untuk diminum seisi keluarga.
- Membekalkan tenaga berpanjangan dan membantu menahan rasa lapar kerana ia sumber tenaga yang konsisten. Orang yang mempunyai gastrik juga patut cuba ini. Insyaallah sangat membantu berdasarkan testimoni yang ada.
- ESP rendah lemak, tiada laktosa dan tiada kolestrol. Perfect!
- Mengandungi 5 vitamin B penting, juga isoflavin.
- Mengandungi kesemua asid amino penting untuk sintesis tubuh.
- Bonus: Ibu hamil yang pernah mengamalkan ESP mengatakan berat mereka lebih cepat turun selepas bersalin. Mudah untuk mendapatkan kembali berat ideal sebelum bersalin. Mungkin anda perlu cubauntuk mempercayainya.
- Bonus: Kulit ibu lebih halus.
- Bonus: Boleh diminum berterusan sehingga selepas kelahiran untuk memulihkan luka dalaman dan menyokong penyusuan susu ibu
Berminat boleh PM saya di
No 0168299592 @
kunjungi FB Page Hakimika Shaklee @ Ikamika Shaklee
Nak beli sendiri Pun Boleh. pergi dkt mana2 branch terdekat, boleh guna Shaklee ID saya 909602...:-)
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
Please consult your Doctor for any illness you faced.
No comments:
Post a Comment